Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [PREVIEW] Pahang intai slot 16 terbaik

[PREVIEW] Pahang intai slot 16 terbaik

AFC Cup : Pahang [0] vs Global FC [0]
AFC Cup : Pahang [0] vs Global FC [0]
Tok Gajah bakal berhadapan satu lagi misi hidup dan mati dalam saingan terakhir kumpulan G malam esok seterusnya menentukan slot terakhir kumpulan ini bagi mengiringi South China AA ke pusingan 16 terbaik yang berjadual berlangsung penghujung Mei ini. Keputusan seri 0-0 di Darul Makmur tempoh hari sedikit mendatangkan kelebihan buat Global FC berdasarkan perkiraan head to head match antara Pahang dan Global FC bagi menentukan tempat selaku naib juara kumpulan ini. Untuk makluman, Pahang sekurangnya-kurangnya memerlukan keputusan seri untuk layak dengan mengumpul 8 mata (ketika ini 7 mata) seterusnya membenam cabaran Global untuk mara ke pusingan seterusnya. Sekiranya tewas walaupun dengan jaringan yang tipis, Global FC akan mengisi slot ini kerana memungut 7 mata walaupun berkongsi 7 mata dengan Pahang. Namun mengambil kira peraturan head to head match, Pahang dilihat ‘tewas’ kerana hanya mampu seri pada perlawanan pusingan pertama tempoh hari (0-0).

Tatkala Pahang hanya sekadar mahu mencatatkan keputusan seri, Global FC sebaliknya perlu menang dan peluang ini harus dimanfaatkan apatah lagi bakal beraksi di gelanggang sendiri. Jika disorot semula aksi pertama yang berlangsung di Darul Makmur tempoh hari, ternyata Global FC bijak mengawal banteng pertahanan dari dibolosi dan keputusan seri yang dicatatkan itu nyata melegakan pasukan apabila dua tonggak utama mereka tidak dapat beraksi akibat kecederaan iaitu Misagh Bahadoran dan penjaga gol nya, Patrick Deyto. Di samping itu, pemain seperti Mark Hartmann telah berjaya mengawal penguasaan di bahagian tengah pasukan. Pemain yang mempunyai work rate yang tinggi ini dilihat mampu mendatangkan bahaya buat kubu Pahang nanti.

AFC Cup : Pahang [0] vs Global FC [0]
Kesebelasan Utama ketika berkongsi mata di Darul Makmur.
Buat pasukan Pahang pula, peluang keemasan untuk mencipta sejarah layak ke pusingan kedua perlu dimanfaatkan seterusnya memperbaiki keputusan tahun 2007 apabila sekadar melengkapkan jadual kumpulan sahaja. Kehadiran semula beberapa pemain tonggak yang tidak dapat beraksi ketika di Kuantan sedikit sebanyak memberi kelebihan dan semangat baru buat pasukan. Sudah pasti tanggungjawab untuk merobek gawang akan digalas oleh gandingan ‘Nwakaeme-Conti’ yang terlepas aksi pertama tempoh hari kerana masalah kecederaan. Game plan perlawanan nanti sudah pasti Pahang akan bermula dengan lebih offensive bagi mencari gol awal seterusnya memberi tekanan buat pasukan lawan. Rotation pemain juga perlu diberikan penekanan di sini apabila mereka akan berhadapan Kelantan pada 16 Mei nanti. Misi untuk menjaringkan 2 atau 3 gol pada separuh masa pertama perlu dimanfaatkan agar pemain berada dalam keadaan tenang di samping boleh menggunakan baki permainan dengan menggantikan pemain bagi mengelak daripada risiko kecederaan dan keletihan.

Kesimpulannya, momentum 6 kemenangan sebelum ini seharusnya melonjak semangat pemain untuk mencari kemenangan yang ke tujuh seterusnya menghadirkan perkhabaran yang gembira bukan sahaja untuk penyokong Pahang malah untuk seluruh pencinta bola sepak tanah air. Doakanlah kejayaan Pahang dalam pertemuan ini nanti agar sama-sama dapat meneruskan perjuangan bersama JDT dalam misi mengharumkan nama Malaysia di pentas Asia.

 

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top