Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Piala AFC]Pahang waspada, Global mahu cipta sejarah

[Piala AFC]Pahang waspada, Global mahu cipta sejarah

Ketua Jurulatih Pahang mahu anak buahnya mengekalkan disiplin sebagai satu pasukan apabila berkunjung ke gelanggang lawan untuk menentang kelab dari Liga Kesatuan Filipina, Global FC dalam perlawanan terakhir kumpulan G Piala AFC malam ini.

Hanya memerlukan sekurang-kurangnya keputusan seri , Zainal berharap kemenangan besar 7-4 semasa menentang Yadanarbon di Kuantan akan menyemarakkan semangat anak-anak buahnya dan seterusnya berjaya ke pusingan kedua mengiringi satu lagi wakil dari Malaysia Johor DT yang layak setelah menewaskan Balestier Khalsa 3-0 di Larkin semalam.

“Saya mengharapkan usaha yang lebih baik dari anak-anak buah saya setelah gagal menang menentang pasukan yang sama ketika di Kuantan sebelum ini. Global pada malam itu sangat berdisiplin dalam bertahan hingga menyukarkan kami menjaringkan gol. Tetapi saya sedikit yakin kerana penyerang kami yang tidak bermain pada perlawanan itu akan kembali untuk merobek gawang Global pada hari esok (hari ini)”.

Bagi Jurulatih Global, Leigh Manson sedar hanya kemenangan yang membolehkan mereka mara ke peringkat seterusnya. Bakal turun dengan banyak pilihan pemain berikutan kesemuanya bebas dari kecederaan, jurulatih dari Scotland itu mahu pemainnya mengambil peluang ini untuk melakukan sejarah.

“Kami menganggap perlawanan ini sangat penting untuk kami mencipta sejarah kelab dan itu akan berlaku jika kami menewaskan Pahang pada malam esok (hari ini). Rekod kami di halaman sendiri juga baik dan kami yakin untuk mencipta kejutan. Jika kami menang ini akan memberi satu kekuatan moral pada bolasepak Filipina”.

Perlawanan Global FC menentang Pahang akan berlangsung di Stadium Sukan Filipina, Bocaue City, Bulacan. Sepak mula pada jam 7 petang waktu Malaysia dengan siaran secara langsung dibawakan di saluran FoxSport 812/832(HD) dan siaran tertunda jam 8.30 mlm di TV9

kredit foto : FB Pahang FA

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

One thought on “[Piala AFC]Pahang waspada, Global mahu cipta sejarah

Leave a Reply

Top