Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Piala AFC]Pahang ke pusingan 16 terbaik

[Piala AFC]Pahang ke pusingan 16 terbaik

Skuad TokGajah menjadi satu lagi wakil Malaysia yang berjaya melangkah ke pusingan 16 terakhir mengiringi JDT apabila berjaya mengikat pasukan dari Filipina, Global FC di Manila sebentar tadi.

Hanya memerlukan seri untuk layak, Ketua Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan kelihatan seperti merehatkan pemainnya apabila meletakkan penyerang import dari Nigeria Dickson Nwakaeme dan pemain sayap R Gopinathan di bangku simpanan. Fauzi Roslan digandingkan bersama Matias Conti di bahagian serangan manakala R Saarvindran disenaraikan pertama kali dalam sesebelasan utama.

Global FC yang terdesak untuk menang supaya dapat mengiringi South China ke pusingan seterusnya lebih banyak menguasai permainan yang diketuai oleh penyerang sensasinya Matt Hartmann namun pertahanan Pahang kental menyerap asakan.

Permainan pada separuh masa kedua lebih seimbang dengan Pahang sekali sekala menyerang menerusi Dickson yang masuk menggantikan Azammuddin Akil tetapi tetap buntu untuk merobek jaring Global FC.

Kedudukan 0-0 kekal sehingga wisel penamat dengan Pahang lega untuk mara ke pusingan 16 terbaik untuk bertemu Persipura Jayapura dari Indonesia yang menjuarai kumpulan E pada 26 Mei 2015 di tempat lawan. Manakala South China akan bertemu Bengaluru FC di Mongkok.

kredit foto : Khairul Azrin

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top