Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Piala FA]Kelantan sekat Pahang

[Piala FA]Kelantan sekat Pahang

Pahang gagal membawa bekalan selesa ke Kota Bharu apabila hanya menang 1-0 di laman sendiri dalam perlawanan separuh akhir Piala FA pada malam tadi.

Seawal minit pertama, Matias Conti hampir meletakkan Pahang dihadapan apabila tandukannya hasil hantaran R. Gopinathan tepat ke dakapan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Seminit selepas itu, Conti tenang menyudahkan hantaran Dickson Nwakame untuk membolehkan Pahang mendahului 1-0.

Gol tesebut nyata menyemarakkan semangat pemain Pahang apabila menguasai perlawanan dengan Kelantan sesekali menyerang diketuai oleh penyerang import Gilmar Jose da Silva dan Iwuji Augustine Amamchi.

2 minit sebelum tamat, Pahang sekali lagi hampir menambah gol kedua namun Gopi sekadar merembat melewati palang gol ketika  Khairul Fahmi sudahpun tertewas.

Ketiadaan Badhri Radzi nyata membuatkan Kelantan hilang punca dengan hanya sesekali menyerang ke kawasan pertahanan Pahang yang diketuai oleh Ketua Pasukan Razman Roslan.

Pada separuh masa kedua, Pahang lebih banyak mengendurkan serangan dengan Kelantan lebih galak menyerang. Namun, tiada tambahan jaringan oleh kedua-dua pasukan sehingga wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan Ngor Amir Noor Mohamed.

Selepas ini Pahang akan bertandang ke Kota Bharu untuk perlawanan timbal balik pada 16 Mei di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu.

Keputusan lain :

Lions XII 2 Terengganu 1

Leave a Reply

Top