Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [PREVIEW] Pahang cari bekalan selesa

[PREVIEW] Pahang cari bekalan selesa

FASF1 vs Kelantan

Aksi pertembungan ‘derby’ Pantai Timur sekali lagi bakal menghiasi kancah bola sepak tempatan apabila Pahang akan melayani kunjungan Kelantan bagi perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur Sabtu ini. Uniknya pentas perlawanan separuh akhir Piala FA tahun ini adalah membabitkan 3 pasukan dari Pantai Timur iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu dan salah satu wakil ini sudah pasti akan berada di pentas perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 23 Mei nanti. Untuk rekod, kali terakhir membabitkan penguasaan 3 negeri dari Pantai Timur ini adalah pada aksi separuh akhir Piala FA 2013 dengan menyaksikan pasukan Kelantan dinobatkan sebagai juara apabila menewaskan Johor Darul Takzim 1-0 hasil jaringan Norfarhan Muhamad.

The Red Warriors (TRW) tampil berbeza

Kehadiran beberapa pemain yang di bawa masuk sebaik jendela perpindahan pemain dibuka April lalu nyata memberi impak kepada pasukan ini. Kemasukan dua pemain import baru iaitu Iwuji Ammachi Augustine dan Gilmar Jose Da Silva Filho jelas menambahkan sengat serangan TRW dan ini dibuktikan dengan jaringan gol yang berjaya dihasilkan melalui gandingan ini. Kehadiran pemain import baru ini juga turut membuka ruang buat Erwin Carillo untuk mencipta lebih banyak jaringan seperti dibuktikan ketika perlawanan menentang Sime Darby (Piala FA) dan terbaru ketika tewas 3-2 di Kuching dalam saingan liga Super.

Amirizdwan Taj
Amirizdwan Taj

Kemasukan pemain berpengalaman iaitu Amiridzwan Taj dilihat sangat tepat bagi mengimbangi kelemahan yang dikesan terutamanya di banteng pertahanan. Pemain yang mempunyai kelebihan dari segi fizikal ini dilihat mampu menyekat gandingan penyerang Pahang selain mampu untuk menyaingi perebutan bola di udara terutamanya ketika dalam situasi set piece pihak lawan. Kehadiran beliau dalam kotak penalti lawan juga dilihat berbahaya dan menambahkan lebih pilihan selain 3 rangkaian serangan import untuk melakukan penyudah apabila berada dalam situasi set piece nanti.

Buat pasukan Kelantan, tempoh rehat yang panjang berbanding Pahang harus dimanfaatkan untuk sekurang-kurangnya mencipta jaringan di tempat lawan seterusnya menghadirkan semangat baru buat pemain untuk berhadapan aksi perlawanan kedua nanti.

Momentum kemenangan

5 kemenangan berturut-turut yang berjaya direkodkan oleh skuad Tok Gajah ini sememangnya menghadirkan gerun buat pasukan lawan. Namun, Pahang tidak boleh terus dibuai kejayaan apatah lagi baru sahaja merampas kedudukan takta liga selepas menewaskan Perak Selasa lalu. Jika disorot kembali aksi baru-baru ini ketika menewaskan Perak, Tok Gajah dilihat agak struggle dan seolah-olah buntu untuk memecah benteng pertahanan lawan. Peluang yang hadir menerusi set piece juga gagal menghadirkan ancaman besar buat pasukan untuk menjaringkan gol tatkala pasukan terus buntu mencipta jaringan melalui open play. Namun, pujian juga harus diberikan buat pemain yang tidak putus-putus melancarkan serangan selain turut menampilkan disiplin bertahan yang baik untuk terus melebarkan rekod clean sheet dalam aksi liga Super.

stewart dickson
Damion Stewart digantung perlawanan.

Tumpuan kem Pahang ketika ini mungkin sedikit terganggu apabila tonggak pertahanannya iaitu Damion Stewart bakal terlepas aksi ini akibat menjalani penggantungan satu permainan. Beliau telah mengutip 2 kad kuning sepanjang kempen Piala FA iaitu ketika bertemu MISC-MIFA dan Pulau Pinang pada aksi kedua suku akhir di Stadium Bandaraya. Penulis beranggapan dengan ketiadaan Stewart di Centre Back (CB) akan melihatkan Zesh Rehman akan kembali ke posisi asalnya untuk menyekat rangkaian serangan import TRW sambil kehadiran semula Norazam atau Azidan Sarudin bakal bergandingan dengan Hafiz Kamal di bahagian tengah nanti.

Kemenangan yang dicipta pada aksi liga Super ke atas Kelantan 0-2 di Kota Bharu tempoh hari sedikit sebanyak memberikan suntikan moral buat para pemain namun, Pahang harus lebih berwaspada dengan ancaman TRW yang tampil dengan lebih ‘segar’ terutamanya di bahagian serangan. Misi Sabtu ini mudah, Pahang perlu mencari kemenangan berbekalkan jaringan selesa sambil tidak bolos yang boleh memberi advantage kepada pasukan lawan pada aksi kedua 16 Mei nanti.

Semoga kemenangan keenam berjaya diraih seterusnya mengekalkan consistency dan terus membawa cabaran Tok Gajah dalam saingan kejuaraan domestik mahupun Asia sepanjang tahun ini.

Barisan Ramalan TGC

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top