Anda di sini
Laman Utama > Berita > [MSL]Pahang rampas takhta liga

[MSL]Pahang rampas takhta liga

Pahang muncul pendahulu baru Liga Super 2015 apabila berjaya menundukkan Perak 1-0 di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. Mereka membuktikan jadual padat sepanjang April dan Mei bukan penghalang untuk mencipta kemenangan.

Kesungguhan Pahang untuk mengutip 3 mata dibuktikan dengan serangan bertali arus pada awal perlawanan. Pada minit ke 17, cubaan Hafiz Kamal hasil hantaran R. Gopinathan tepat ke dakapan penjaga gol Perak, Mohammad Zamir Selamat.

Pada minit ke 25, Pahang berpeluang mendahului menerusi tendangan percuma Hafiz Kamal namun sepakan lencongnya berjaya ditepis Mohammad Zamir.

Sebaik bermula separuh masa kedua, Perak mula mengasak namun beberapa percubaan berjaya dinafikan Khairul Azhan.

Pahang akhirnya berjaya mendahului apabila Matias Conti berjaya menyempurnakan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan Perak.

Dengan perlawanan seterusnya pada 20 Jun menentang PDRM, liga akan berehat selama 7 minggu untuk memberi laluan pasukan kebangsaan untuk persediaan bagi kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia. Skuad TokGajah masih mempunyai misi mempertahankan Piala FA dan layak ke pusingan kalah mati Piala AFC bermula hujung minggu ini.

3 thoughts on “[MSL]Pahang rampas takhta liga

Leave a Reply

Top