Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [Preview] Pahang tekad lebur rekod Perak

[Preview] Pahang tekad lebur rekod Perak

Pahang dan Perak berpeluang untuk melonjak ke kedudukan teratas liga buat julung kalinya musim ini seandainya salah satu daripada pasukan ini berjaya mengutip tiga mata penuh pada perlawanan ke-10 saingan liga super di Stadium Darul Makmur malam esok. Kekalahan Felda United ke atas Johor Darul Takzim pada aksi yang berlangsung semalam seolah-olah membuka peluang buat kedua-dua pasukan ini untuk berada dipersada liga sebelum aksi liga super berehat dan disambung pada 20 Jun nanti. Ternyata kedua-dua pasukan berada dalam kelas yang tersendiri apabila berjaya mencatatkan kemenangan ke atas lawan masing-masing pada aksi terakhir seterusnya bakal dijadikan dorongan untuk mengekalkan episod kemenangan masing-masing.

Reputasi cemerlang Perak di laman lawan

Perak hadir ke Darul Makmur dengan berbekalkan reputasi yang cemerlang terutamanya dalam saingan liga apabila berada pada kedudukan keempat liga dengan mencatatkan 5 kemenangan, 2 kali seri dan tewas sebanyak 2 kali. Paling mencuri tumpuan apabila 5 kemenangan yang diperolehi pasukan ini, 3 daripadanya berjaya dicatatkan di gelanggang lawan apabila menundukkan ATM 0-2, 1-4 bertemu Felda United dan terbaru Selangor dengan jaringan tipis 1-2. Selain “kebal” di laman lawan, pasukan ini bolehlah dilabelkan sebagai a Giant Killer apabila beberapa kali dilihat membuat kejutan ke atas pasukan pilihan iaitu seperti Felda United, JDT dan Selangor. Mampukah Bos Gaurus melakar satu lagi kejutan kali ini ke atas Pahang yang mempunyai rekod pertahanan yang baik apabila hanya melepaskan 8 jaringan dan mempunyai rekod bersih di Darul Makmur (aksi liga domestik)?

Selain turun dengan reputasi baik, pasukan yang banyak mencungkil dan memberi pendedahan buat pemain muda ini jelas semakin matang dan dilihat lebih bersedia untuk mengharungi perlawanan terutamanya ketika aksi melibatkan high intensity termasuklah pada perlawanan bertemu Pahang Selasa ini. Sandaran beberapa pemain muda seperti Nasir Baharuddin, Nor Hakim Isa, Ridzuan Azly dan Nurridzuan Abu Hassan dilihat mampu mengancam kubu Pahang nanti. Namun, ketiadaan Nurridzuan pada perlawanan ini nanti akibat layangan kad merah ketika bertemu Selangor nyata melegakan skuad Tok Gajah di mana beliau mampu mendatangkan masalah kepada penjaga gol lawan dengan mempunyai teknik sepakan percuma yang baik seperti dibuktikan di Shah Alam baru-baru ini.

Tok Gajah mahu berada di puncak liga

CYMERA_20150504_132427

Buat pasukan Pahang, jadual yang kembali padat kali ini sepanjang Mei dibuka dengan langkah kanan apabila berjaya bangkit dari ketinggalan seterusnya mencatatkan kemenangan ke atas Terengganu 3-2 seterusnya menebus kekalahan yang dicatatkan musim lalu. Dua gol yang dijaringkan oleh Zesh Rehman melalui set piece dilihat satu perkembangan yang sangat positif seterusnya menghadirkan pilihan jaringan tatkala jentera serangan terus buntu menjaringkan gol secara open play. Penulis juga menjangkakan game plan pada perlawanan esok seakan-akan sama seperti perlawanan liga tempoh hari di mana menyaksikan gandingan Zesh-Hafiz dan Stewart-Razman akan kekal dalam kesebelasan utama. Sungguhpun berbekalkan waktu recovery yang agak singkat, beberapa pemain yang tidak diturunkan pada aksi baru-baru ini dilihat bersedia untuk menggalas tanggungjawab untuk menambah kesegaran dalam corak permainan Pahang dan diharap istilah supersub masih lagi significant buat pasukan Pahang seterusnya mengembalikan kelangsungan misi berada di puncak liga.

Kekalahan beberapa pasukan kelompok atasan liga seperti PDRM, Selangor dan Felda United sudah cukup menceritakan peluang keemasan buat kedua-dua pasukan untuk merampas takhta liga sekurang-kurangnya ia bakal kekal sehingga 20 Jun nanti. Menarik bukan? Namun, sambil tidak mengetepikan reputasi baik Perak di laman lawan, Pahang dilihat mempunyai sedikit kelebihan apabila turun di hadapan penyokong sendiri dan kemenangan demi kemenangan yang dicipta bakal menghadirkan gerun buat pasukan lawan terutamanya bagi menghadapi saingan penting di Piala FA dan Piala AFC nanti.

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

2 thoughts on “[Preview] Pahang tekad lebur rekod Perak

Leave a Reply

Top