Anda di sini
Laman Utama > Berita > [MSL]Zainal puji komitmen pemain

[MSL]Zainal puji komitmen pemain

 

Selepas berjaya menewaskan Terengganu 3-2 di laman sendiri, jurulatih Pahang, Zainal Abidin ternyata gembira dengan komitmen dan semangat juang yang di tunjukkan oleh kesemua pemain yang beliau turunkan malam ini.

Akur dengan jadual padat yang di hadapi pasukannya apabila bersaing dalam tiga kejohanan utama iaitu Piala AFC, Piala FA dan Liga Super, beliau memuji barisan pemain-pemainnya yang tidak kenal erti penat dan putus asa apabila pasukannya hanya tewas dan seri sekali sepanjang perlawanan sejak dari bulan April.

Zainal juga gembira apabila percaturannya memperkemaskan latihan bagi sepakan percuma dan sepakan sudut nyata membuahkan hasil apabila dua daripada tiga gol pasukan Pahang malam ini datangnya dari ‘set piece’ sepakan ini.

Menurutnya, kelebihan fizikal yang di miliki oleh pemain seperti Zesh Rehman dan Damion Stewart nyata memberikan kelebihan buat pasukannya.

Di tanya mengenai prestasi  dan sentuhan pemain importnya Mathias Conti, Zainal jelas berpuas hati apabila Conti berjaya menemui kembali sentuhan penyudahnya dan telah memainkan peranan dan tugas seperti yang beliau harapkan.

image

Mezzo Fauzi
IT specialist who is using 'football' hardware, software and its operating system in bringing a clear picture of Pahang's football.

Leave a Reply

Top