Anda di sini
Laman Utama > Berita > [MSL]TokGajah teruskan rentak kemenangan

[MSL]TokGajah teruskan rentak kemenangan

Pahang meneruskan rentak kemenangan dalam Liga Super apabila menewaskan Terengganu 3-2 dalam perlawanan penuh mendebarkan di Stadium Darulmakmur malam tadi.

Menurunkan barisan yang sama semasa menang menentang Felda United, Pahang bermula garang apabila mengasak kubu Terengganu seawal minit pertama lagi.

Walaupun begitu, Terenggainu memperolehi gol pertama apabila memperolehi sepakan penalti setelah Paolo Rangel dijatuhkan oleh Matthew Davies di dalam kotak penalti pada minit ke 21. Paolo Rangel tenang menewaskan Khairul Azhan yang memberi Terengganu gol pendahuluan pada perlawanan tersebut.

Selang 5 minit kemudian Pahang memperolehi gol penyamaan melalui pemain import dari Pakistan Zesh Rehman yang menanduk masuk gol berpunca dari sepakan percuma Hafiz Kamal.

Zesh Rehman sekali lagi menjadi duri dalam daging Terengganu apabila menanduk gol kedua Pahang sejurus sebelum rehat berpunca dari sepakan sudut yang diambil oleh Hafiz Kamal.  

Pahang yang bermula garang sebaik sahaja babak kedua bermula berjaya menambah gol hasil kerjasama antara dua penyerang import Matias Conti dan Dickson Nwakaeme. Gol tersebut adalah hasil umpanan Nwakaeme yang mudah disudahkan oleh rakan penyerangnya untuk Pahang melebarkan kedudukan kepada 3-1.

Perlawanan yang seakan-akan berkedudukan 3-1 tidak menjadi nyata apabila Terengganu merapatkan jurang gol setelah memperolehi penalti yang kedua dalam perlawanan ini yang mudah disempurnakan sekali lagi oleh Paolo Rangel. 

Kedudukan kekal sehingga wisel penamat dengan Pahang memperolehi 3 mata penuh menewaskan Terengganu 3-2 untuk mendaki kedudukan liga dengan 17 mata.

Keputusan lain :

Sarawak 3 Kelantan 2

Sime Darby 1 Lions XII 2

Selangor 1 Perak 2

ATM 3 PDRM 1


mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top