Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [REVIEW] Skuad Pahang lulus ujian bulan April

[REVIEW] Skuad Pahang lulus ujian bulan April

Skuad Tok gajah harus menarik nafas lega selepas berjaya menempuhi jadual perlawanan yang padat sepanjang bulan April yang lalu. 5 kemenangan, 1 seri dan 1 kali kalah sepanjang 7 perlawanan dilihat satu pencapaian yang agak cemerlang tatkala bergelut dengan fasa kritikal kecederaan pemain utama dan keletihan pemain untuk mengharungi jadual yang padat ini. 

Sila lihat artikel terdahulu mengenai mampukah Pahang lepasi jadual perlawanan yang padat sepanjang April? http://www.tokgajah.com/2015/03/22/jadual-padat-sepanjang-april-mampukah-pahang/

17 vs Lions XII

Tirai perlawanan bulan April dibuka dengan kemenangan tipis ke atas Lions XII 3-2 di laman sendiri seterusnya menyuntik semangat para pemain untuk meneruskan momentum kemenangan ke atas Pulau Pinang dalam aksi suku akhir Piala FA. Rentetan kemenangan dua kali berturut-turut itu di laman sendiri akhirnya berjaya dilebarkan ke Kota Bharu apabila Pahang berjaya mengejutkan Kelantan dengan kemenangan 0-2 hasil jaringan Damion Stewart dan Dickson Nwakaeme.

Namun, hasrat Pahang untuk sekurang-kurangnya untuk mencuri satu mata di Hong Kong dalam aksi Piala AFC tidak kesampaian apabila tewas 3-1 ke atas pasukan South China AA. Ternyata kekalahan itu tidak menjejaskan semangat sepasukan apabila berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA dengan mengikat pasukan Harimau Kumbang dengan jaringan 2-2 sebelum selesa dihadapan 2-0 pada awal babak pertama perlawanan. Keputusan seri 2-2 itu sudah cukup untuk membawa Pahang ke separuh akhir untuk bertemu Kelantan pada 9 Mei ini. Keputusan positif yang berjaya dicatat pada saingan Piala FA itu turut dibawa sebagai azimat untuk bertemu pasukan kelompok atasan liga iaitu Felda United. Sekali lagi, Pahang dilihat melakukan kejutan apabila menewaskan skuad The Fighters di laman lawan dengan jaringan 0-1 hasil jaringan Dickson Nwakaeme seterusnya melonjak pasukan ke kedudukan keenam liga. Aksi penutup iaitu perlawanan ketujuh (sepanjang April) ditutup dengan bergaya apabila berjaya mencatatkan kemenangan besar 7-4 ke atas Yadanarbon bagi saingan Piala AFC seterusnya melebarkan sedikit landasan untuk menuju ke round of 16 kejohanan ini.

2 vs YadanarbonRumusan:

Ternyata 5 kemenangan yang dicapai membuktikan usaha yang keras dipamerkan oleh para pemain dan pihak pengurusan untuk mengharungi jadual perlawanan yang padat sehingga menyaksikan Pahang sehingga kini masih lagi merupakan pasukan tunggal yang bakal meneruskan aksi untuk kesemua kejohanan yang dipertandingkan tahun ini. Bukan mahu mendabik dada, ternyata harapan yang digalas oleh para pemain dilihat satu usaha yang boleh diberikan pujian setidak-tidaknya para pemain berjaya mempamerkan kesungguhan dan semangat juang tinggi yang mana usaha keras ini seharusnya diraikan dan dihargai oleh penyokong-penyokong setianya.

IMG-20150309-WA0018
Zesh turut berjaya menyumbangkan gol buat pasukan.
Kemasukan pemain baru iaitu Matthew Davies sedikit sebanyak membawa impak kepada pasukan terutamanya bagi saingan liga apabila membantu pasukan untuk mencatat clean sheet ketika bertemu Kelantan dan Felda United. Selain itu, peranan Zesh Rehman dibahagian defensive midfielder (DM) dilihat agak berkesan berbanding posisi asalnya iaitu di bek tengah bersama Stewart. Ironinya, peranan Zesh sebagai DM dan gandingan bek tengah yang dikemudi Razman dan Stewart turut membantu Pahang mencatatkan 2 kemenangan di tempat lawan dalam saingan liga dan paling manis kedua-dua perlawanan itu menyaksikan gawang Tok gajah tidak dibolosi (tidak termasuk perlawanan suku akhir kedua menentang Pulau Pinang). Apa-apapun, menarik untuk disaksikan peranan beliau sebagai DM dan gandingan Razman-Stewart dibarisan pertahanan tengah untuk perlawanan akan datang dan diharapkan hypothesis ini akan membuahkan hasil yang positif nanti.

Kami di Tokgajah.com mengucapkan tahniah dan syabas di atas pencapaian yang baik sepanjang April ini. Moga tirai perlawanan sepanjang Mei dibuka dengan kemenangan manis ke atas Terengganu nanti.

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top