Anda di sini
Laman Utama > Berita > Dickson gembira rakam hatrik

Dickson gembira rakam hatrik

Melakukan jaringan hatrik semasa perlawanan menentang Yadanarbon FC dalam Piala AFC rabu lepas amatlah menggembirakan pemain import Pahang dari Nigeria Dickson Nwakaeme. Lebih manis lagi hatrik ini dilakukan di hadapan penyokong sendiri di Stadium Darulmakmur. Menyertai Pahang pada musim lepas dari satu lagi pasukan Liga Super Kelantan, Nwakaeme sentiasa memberikan seratus peratus tenaga dan usahanya untuk menjaringkan gol dalam setiap perlawanan jika di turunkan.

“Ini memang tugas saya sebagai seorang penyerang untuk menjaringkan gol sebanyak mana yang mungkin. Pertolongan rakan-rakan lain  yang bermain sebagai satu pasukan memudahkan lagi saya untuk menjaringkan gol pada kali ini. Walaubagaimanapun, saya agak kecewa dengan sentuhan penyudah saya pada malam itu. Sepatutnya lebih banyak gol dapat dicipta dan Pahang patut menang jaringan yang lebih besar. Tetapi, apa yang penting kita perolehi tiga mata berharga untuk terus bersaing dalam kumpulan. Saya akan membaiki sentuhan saya dalam sesi latihan sebelum bermain dalam perlawanan Liga Super Sabtu ini menentang Terengganu”

Nwakaeme, melakukan hatrik pertamanya bersama Pahang pada malam Rabu dengan menjaringkan gol pada seawal minit ke 6, 31 dan 57. Beliau juga membantu Matias Conti dalam menjaringkan gol ke 2 pada malam itu walaupun mampu untuk menjaringkan gol itu sendiri.

Untuk rekod, Nwakaeme masih mengekalkan konsistensi menjaringkan gol pada setiap perlawanan dalam semua kejohanan sejak bebas dari kecederaan bermula sejak suku akhir pertama menentang P.Pinang di Kuantan.

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top