Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pesta gol di Darulmakmur

Pesta gol di Darulmakmur

11 gol tercipta di Stadium Darulmakmur apabila Pahang menerima kunjungan kelab dari Myammar Yadanarbon FC dalam perlawanan kelima kumpulan G Piala AFC malam tadi. Nwakaeme telah berjaya merakam hatrik pertamanya pada perlawanan itu yang menyaksikan Pahang menewaskan Yadanarbon 7-4 dalam perlawanan yang tampak lebih dikuasai oleh pasukan tuan rumah.

12 vs Yadanarbon
Nwakaeme diasak oleh pertahanan Yanadarbon Happiness Okpechi. Foto : Ahmad Faiz

Pesta gol bermula seawal minit ke-6 apabila Dickson Nwakaeme menjaringkan gol setelah menerima hantaran Alex dari kanan padang yang kemudiannya mudah menewaskan penjaga gol Yadanarbon FC, Thiha Si Thu. Conti kemudian menambah gol kedua pada minit ke 17 diikuti Dickson pada minit ke 59 menjadikan kedudukan 3-0 pada suatu ketika. Yadanabon memperolehi gol pada minit-minit terakhir permainan separuh masa pertama menerusi penyerang importnya Djawa menjadikan kedudukan pada separuh masa pertama tuan rumah mendahului pasukan pelawat 3-1.

Kemasukan D Saarvindran menambah variasi serangan Pahang apabila beliau berjaya menambah gol ke empat Pahang yang juga gol pertamanya untuk Pahang pada musim ini. Walaubagaimanapun, Yadanarbon berjaya menjaringkan gol melalui pemain berjersi no 16 Hlaing Bo Bo namun Nwakaeme melengkapkan hattrik apabila menghukum kealpaan penjaga gol Yadanarbon FC menjadikan kedudukan 5-2.

17 vs Yadanarbon
Gopinathan cuba melepaskan diri dari kawalan pertahanan Yadanarbon FC. Foto : Ahmad Faiz

Namun Yadanarbon berjaya merapatkan kedudukan menjadi 5-3 apabila pemain tengah mereka menjaringkan gol peribadi keduanya malam itu seterusnya gol ketiga Yadanarbon. Pesta gol Pahang tidak terhenti dan dalam masa 2 minit Pahang menambah dua gol masing-masing melalui Hafiz Kamal (85’) dan juga D Saarindran (86’) menjadikan kedudukan 7-3.

Kecuaian Pahang yang mula mengendurkan permainan dihukum juga oleh Yadanarbon apabila menjaringkan gol pada minit-minit terakhir perlawanan menerusi pemain gantian Win Naing Soe. Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan.

Selepas ini, Pahang akan berkunjung ke Filipina untuk menentang Global FC manakala Yadanarbon yang sudah gagal ke pusingan kedua akan menentang pasukan South China di tempat sendiri.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top