Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [PREVIEW]Matchday#5: Pahang vs Yadanarbon

[PREVIEW]Matchday#5: Pahang vs Yadanarbon

Kemenangan manis di Selayang Sabtu lalu dalam saingan liga super  ternyata satu keputusan yang amat positif seterusnya melonjakkan pasukan kepada kedudukan ke-enam sambil mempunyai kelebihan satu perlawanan bertemu Perak. Tactical discipline yang baik serta penguasaan dibahagian tengah yang dikemudi oleh Zesh Rehman dan Hafiz Kamal ternyata membawa kelebihan buat Pahang apabila berjaya membawa pulang tiga mata berharga di gelanggang lawan.

AFC Cup : Pahang [0] vs Global FC [0]
Kesebelasan utama ketika saingan Piala AFC 2015

Rabu ini, skuad Tok gajah sekali lagi akan bertemu pasukan dari Myanmar iaitu Yadanarbon bagi saingan kelima Piala AFC yang akan berlangsung di Stadium Darul Makmur. Ternyata peluang untuk mara ke pusingan seterusnya untuk mengiringi South China AA masih terbuka buat ketiga-tiga pasukan dan Pahang dilihat mempunyai sedikit kelebihan apabila bakal beraksi dihadapan ribuan penyokong setianya yang begitu teruja selepas mengapai kemenangan manis bertemu Felda United tempoh hari. Ini juga ditambah dengan kembalinya beberapa tonggak utama dalam pasukan serta penambahan pilihan pemain simpanan yang dianggap mampu menggalas tugas merobek gawang lawan.

Pahang-player-Mohd-Azamuddin-Akil
Alex sudah mula mendapat rentak.

Persembahan yang bertenaga oleh Azammuddin Akil ketika menentang Felda United menunjukkan beliau kini hampir menemui rentak pemusnahnya. Larian pantas dan rembatan jarak jauh beliau pada separuh masa pertama permainan tempoh hari sedikit sebanyak memberikan petanda awal kepada pasukan lawan yang mana beliau akan mencapai kemuncak prestasi sedikit masa lagi. Beberapa pemain yang tidak diturunkan sepenuh masa ketika bertemu Felda tempoh hari seperti Norazam, Azidan, Shahrizan, Fauzi Roslan dan Rizua Shafiqi jelas mempunyai kelebihan dari segi keupayaan fizikal dan ternyata berada dalam keadaan cukup bersedia sekiranya diturunkan nanti.

Jika diimbas kembali pertemuan pertama bagi kedua-dua pasukan yang berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Pahang 2-3, ternyata kemenangan yang dicapai itu bukanlah satu usaha yang mudah apabila terpaksa bermain dengan 10 orang dan terpaksa menunggu sehingga minit ke 89′ untuk mencipta gol kemenangan.

Review perlawanan pertama

Keupayaan Nwakaeme sekali lagi ditagih untuk perlawanan ini apabila berjaya menjaringkan gol pertama Pahang di pentas Asia Febuari lalu sambil mengharapkan sentuhan pemusnah Conti kembali berbisa dan diharap beliau lebih banyak melakukan umpanan bola yang lebih berkualiti kepada Nwakaeme-Alex-Gopi nanti.

Buat pasukan Yadanarbon, tewas pada aksi terakhir kepada Global FC dengan jaringan 4-1 dilihat sedikit tertekan untuk bertemu Pahang nanti dan ditambah lagi bakal kehilangan 2 pemain akibat layangan kad merah pada perlawanan tersebut. Pemain tersebut iaitu tonggak pertahanan Zaw Lin Tun dan pemain tengah Tin Win Aung merupakan watak penting dalam pasukan Yadanarbon FC.

Kemenangan adalah objektif yang perlu dicapai pada perlawanan ini untuk menghidupkan peluang ke pusingan 16 nanti. Ayuh Tok gajahku!

Barisan kemungkinan (Ramalan Tokgajah.com)

Pahang FA - Football tactics and formations

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top