Anda di sini
Laman Utama > Berita > Menjelang pintu perpindahan April ditutup

Menjelang pintu perpindahan April ditutup

Hanya beberapa jam lagi jendela kedua perpindahan pemain bagi Liga Malaysia 2014 bakal ditutup. Mula di buka pada 1 April menyaksikan pasukan-pasukan yang bertanding mula mengambil langkah untuk menukar pemain terutama pemain import mereka. Bagi pemain import yang gagal menunjukkan prestasi yang diharapkan ataupun sentiasa cedera berulang dan berpanjangan mereka adalah antara mangsa utama untuk dicantas oleh pasukan yang mereka wakili masing-masing.

Patito di rekrut oleh JDT menggantian Diaz
Patito di rekrut oleh JDT menggantian Diaz

Dalam Liga Super, Pasukan JDT I adalah antara kelab terawal yang menukar pemain mereka dengan membawa masuk pemain Argentina dari kelab Santos, Patito Rodríguez bagi menggantikan rakan senegaranya Jorge Pereyra Díaz. Tidak lama kemudian Luciano Figueroa pula mengalami nasib yang sama apabila di gantikan pemain Sierra Leone yang berpengkalan dari Sweden, Alhaji Kamara. Kedua-dua pemain import ini walaubagaimanapun adalah berdasarkan pinjaman dengan pilihan untuk di beli pada musim hadapan.

Selain JDT I, pasukan lain yang menukar pemain import lebih daripada satu ialah Kelantan. Berikutan prestasi yang buruk oleh dua pemain import Isaac Pupo(Liberia) & Emmanuel Kenmogne(Cameroon), pihak pengurusan mengambil keputusan untuk menggantikan mereka dengan Austin Amutu (Nigeria) dan Gilmar (Brazil). Manakala pasukan lain hanya menukarkan seorang sahaja pemain import dan ada yang masih berpuas hati dengan pemain import yang sedia ada.

matyo
Matyo beralih angin ke negeri kelahirannya Terengganu

Bagaimana dengan pemain tempatan? Pada musim ini kelihatan ramai pemain tempatan yang menukar jersi mereka pada pertengahan musim. Paling ketara adalah pasukan ATM yang kehilangan ramai pemain untuk mencari angin baru. Antaranya penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talha yang berhijrah ke Terengganu, Fadzli Saari (Sime Darby), Cristie Jayaseelan (Felda United) dan yang terbaru Amirizdwan Taj Tajuddin yang berhijrah ke Kelantan.

Selain itu, Pahang juga telah membuat satu perpindahan mengejutkan apabila merekrut pemain muda Perth Glory sebagai salah satu pemain tempatan mereka. Berasal dari Australia dan mempunyai darah Malaysia dari Ibunya, Matthew Davies, 20 menjadi muka baru yang memperkuatkan pertahanan Pahang. Beliau juga menarik perhatian Ketua Jurulatih Sukan SEA Datuk Ong Kim Swee, apabila dipanggil untuk menyertai sesi latihan pusat pasukan itu baru-baru ini. Berikut Senarai perpindahan Liga Super pada bulan April :

PasukanMASUKKELUAR
SelangorTiadaTiada
PDRMJaime Bragança (Portugal)Onorionde Kughegbe (Nigeria)
Felda UnitedCristie Jayaseelan (dari ATM)
Thiago Augusto
Edward Junior Wilson (Liberia)
TerengganuNorshahrul Idlan Talha (dari ATM)
Issey Nakajima-Farran (Jepun)
Hassan Chaito (Lebanon)
PahangMatthew Davies (dari Perth Glory)Tiada
PerakHorace James (Jamaica)Marco Tulio (Brazil)
Lions XIITiadaTiada
JDT IPatito Rodríguez (Argentina)
Alhaji Kamara (Sierra Leone)
Fandi Othman (JDT II)
Jorge Pereyra Díaz (Argentina)
Luciano Figueroa (Argentina)
SarawakPatrick Gerhardt (Liberia)Ronald Hikspoors (Belanda)
Sime Darby FCFadzli Saari (dari ATM)
Reinaldo Mineiro (Australia)
Dilshod Sharofetdinov (Uzbek)
KelantanAmirizdwan Taj Tajuddin (dari ATM)
Gilmar (Brazil)
Austin Amutu (Nigeria)
Isaac Pupo (Liberia)
Emmanuel Kenmogne (Cameroon)
ATMTiadaFadzli Saari (ke Sime Darby FC)
Norshahrul Idlan Talha (ke Terengganu)
Cristie Jayaseelan (ke Felda United)
Amirizdwan Taj Tajuddin (ke Kelantan)

Ulasan TGC

Melihat pada senarai pemain Pahang, kami di TGC merasakan tiada keperluan untuk menukar pemain import pada masa ini. Pemain import yang sedia ada masih lagi releven dengan keadaan sekarang. Ramai yang berpendapat untuk menukarkan dua pemain iaitu Matias Conti dan Zesh Rehman dan cenderung untuk terus mengekalkan Dickson Nwakaeme dan juga Damion Stewart.

5 vs SCAA
Matias Conti kekal releven

Baik, kita ketepikan cerita Stewart dan Nwakaeme kerana ramai lagi masih mengharapkan mereka dikekalkan. Apa keistimewaan Matias Conti hingga kami mengatakan beliau patut kekal? Corak permainan Conti yang kita tahu adalah sebagai target man. Beliau sentiasa berada di posisi yang tepat untuk menyambar peluang jika ada di depan gol. Buktinya ialah semasa menentang Lion XII apabila menjaringkan gol penyamaan hasil hantaran Azidan. Gol tersebut memberi semangat kepada rakan-rakan untuk memburu lebih gol. Corak permainan Conti juga memberikan Nwakaeme ruang untuk bergerak lebih bebas dan boleh mencipta lebih peluang kepada rakan-rakan lain. Conti ialah seorang yang sering berada di tempat yang sesuai pada masa yang sesuai.

Permainan Zesh yang versatile diharap memberi kejayaan pada Pahang
Permainan Zesh yang versatile diharap memberi kejayaan pada Pahang

Zesh Rehman pula seorang pemain yang versatile yang mampu bermain dua posisi iaitu pertahanan tengah dan juga pemain tengah bertahan. Semasa bermain pertahanan tengah bergandingan dengan Stewart, beliau banyak memudahkan kerja Stewart dengan mengasak bola terlebih dahulu sebelum pemain penyerang pasukan lawan masuk ke kawasan penalti. Kadang kala Stewart hanya menunggu bola muntah dari asakan tersebut untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Jika Zesh bermain di posisi tengah bertahan, beliau akan memberi lebih ruang dan peluang untuk Hafiz Kamal naik ke atas membantu bahagian serangan. Mereka juga sering bertukar-tukar posisi sewaktu dalam permainan. Untuk rekod, gandingan Zesh-Hafiz belum menerima kekalahan sehingga kini.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top