Anda di sini
Laman Utama > Futsal Pahang > [LFK]Pahang kutip 1 mata pada minggu sukar

[LFK]Pahang kutip 1 mata pada minggu sukar

FB_IMG_1428081710832

Skuad futsal Pahang sekadar mencatat 1 keputusan seri dan 2 kekalahan pada minggu ke-7 LFK2015 di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam.

Pada aksi pertama hari Jumaat, skuad Coach Yazeed kecundang 2-3 kepada Kedah. Pada Sabtu, Pahang tampak bangkit selepas berjaya mengikat skuad serba mewah, Melaka United 1-1 hasil jaringan Syeikh Mohammad Falah. Namun segalanya serba tidak menjadi buat Pahang, selepas mudah dibenam Felda United 3-0 pada Ahad.

FB_IMG_1430132699039
Kedudukan Liga sehingga kini. Kredit foto : fb Arena Futsal

Keputusan minggu ke-7 ini menyukarkan lagi skuad Pahang untuk melayakkan diri ke pusingan Grand Final, paling penting untuk layak secara automatik musim hadapan. Mereka kini menghuni tangga ke-9 dengan 18 mata, 5 mata di belakang Selangor yang menduduki tangga ke-8. LFK2015 kini berbaki lagi 7 perlawanan. Pahang sudah tiada pilihan selain bangkit dengan memanfaatkan peluang rehat hampir sebulan ini untuk mengukuhkan lagi taktikal pasukan. Ayuh TOK GAJAH !

Keputusan LFK2015 Minggu 7

24 April 2015 : Kedah 3-2 Pahang
25 April 2015 : Pahang 1-1 Melaka United
26 April 2015 : Pahang 0-3 Felda United

Jadual LFK2015 Minggu 8

24 Mei 2015 : PBDKT/T-Team vs Pahang : 3.30 petang
25 Mei 2015 : Pahang vs Selangor
26 Mei 2015 : KL Petaling Putra vs Pahang

Semua lokasi perlawanan di KSL Sri Gombak.

muhsin
"Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah" @syedahmadmuhsin

Leave a Reply

Top