Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [PREVIEW]Felda United vs Pahang

[PREVIEW]Felda United vs Pahang

IMG_5692-0.JPG
Nwakaeme menyerlah pada pertemuan menentang Pulau Pinang

Selepas membuktikan ramalan untuk melangkah ke separuh akhir Piala FA dengan membenam cabaran Pulau Pinang baru-baru ini, fokus kini kembali terarah untuk mencari kedudukan selamat dan terbaik dalam saingan liga super 2015 pula. Turun dengan kesebelasan utama, ternyata Pahang bijak menggunakan awal 15 minit pada separuh masa pertama untuk sekurang-kurangnya mencari gol awal seterusnya memberikan advantage jaringan di tempat lawan kepada pasukan. Dua gol yang dijaringkan oleh Nwakaeme hadir pada waktu yang sangat sesuai untuk melemahkan semangat lawan yang perlu menjaringkan lima gol sekiranya ingin melangkah ke peringkat separuh akhir.

Namun, perlawanan seterusnya Sabtu ini menentang Felda United pasti menghidangkan skrip yang berbeza apatah lagi The Fighters kini berada dikedudukan kedua liga super. Ini juga ditambah dengan kemasukan pemain baru seperti Christie Jayaseelan dari ATM dan kejutan perpindahan pemain import terbaru mereka iaitu Thiago Augusto Fernandes.

IMG_5755.JPG
Thiago Augusto Fernandes, peledak baru Felda United.

Pemain yang berasal dari Brazil dan berumur 25 tahun ini merupakan bekas pemain Al Manama yang beraksi di liga Bahrain. Pemain ini juga hadir dengan membawa satu reputasi yang hebat sebagai peledak utama pasukan terdahulu dengan menjaringkan 17 gol musim lalu. Tumpuan pasti terarah kepada rangkaian baru serangan pasukan ini apabila Thiago dilihat akan berganding dengan Makeche Ndumba sambil dibantu oleh pemain tengah  iaitu Zah Rahan Krangar.

Ditambah pula kedudukan Felda United yang kini berada di tangga ke dua Liga Super dan mempunyai momentum kemenangan setelah menewaskan Terengganu di tempat lawan akan menambah kesukaran untuk menwaskan pasukan ini. Jika di lihat pada musim ini, aksi Felda United lebih kosisten dan import mereka yang menyerlah. Sudah pasti, Felda United pada musim ini bukanlah Felda yang sama di tentang Pahang pada perlawanan akhir Piala FA tahun lepas.

alex
Kehadiran semula Alex dapat memberi nafas baru pada jentera serangan

Buat pasukan Tok gajah pula, kemasukan semula Azammuddin Akil dalam kesebelasan utama ketika bertemu Pulau Pinang dilihat sebagai satu perkhabaran yang positif dan diharap beliau mampu mendatangkan lebih banyak ancaman buat kubu lawan nanti. Matthew Davies yang menjadi ahli terbaru pasukan Pahang pasti akan diturunkan dengan Zesh Rehman akan bergandingan dengan Hafiz Kamal sekali lagi di bahagian tengah.

Faktor kecergasan pasti menjadi faktor utama pada perlawanan malam esok dengan Felda United tidak beraksi pada pertengahan minggu sedangkan Pahang perlu beraksi dalam Suku Akhir Piala FA menentang Pulau Pinang di tempat lawan. Namun, itu bukanlah satu alasan kerana beberapa pemain muda seperti Norazam dan D Saarvindran bersedia untuk beraksi dan boleh memberi impak yang diperlukan.  Kemenangan untuk aksi ini sememangnya ditagih oleh penyokong setia Pahang untuk melonjak pasukan kepada kedudukan yang lebih baik dari kedudukan sekarang.

Barisan kemungkinan (Ramalan Tokgajah.com)

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top