Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > Misteri jersi Away bakal terjawab?

Misteri jersi Away bakal terjawab?

Umum mengetahui, setiap pasukan sukan di dunia mempunyai 2 set jersi sekurang-kurangnya setiap tahun. Satu jika bermain sebagai tuan rumah dan satu lagi jika menjadi bertandang ke gelanggang lawan semasa menjadi pasukan pelawat. Malahan ada juga pasukan yang memperkenalkan jersi ketiga sebagai alternatif.

Saban tahun, rekabentuk jersi setiap pasukan itu sangat dinanti-nanti oleh peminat. Cerita atau cakap-cakap tentang rekabentuknya sangat hangat diperkatakan lebih-lebih lagi di media sosial. Kadang-kala perbincangannya lebih hangata tentang berita perpindahan pemain dan juga gosip artis!

Sebagai salah satu pasukan yang bertanding dalam Liga Super tahun ini, Pahang juga tidak berkecuali untuk memperkenalkan jersi mereka kepada umum. Mendapat tajaan daripada jenama antarabangsa Puma, dua rekabentuk jersi diperkenalkan iaitu satu untuk Home dan satu untuk Away. Untuk rekod, ini adalah tahun kedua Puma menaja jersi rasmi Pahang setelah mengikat kontrak selama 3 tahun. Ada juga terdengar khabar angin jersi ketiga akan diperkenalkan namum sehingga kini masih lagi menjadi khabar angin.

Rekabentuk jersi Home Pahang pada tahun ini adalah dari salah satu koleksi jersi yang diperkenalkan Puma pada tahun ini yang diberi nama Puma Swerve. Istimewanya, kombinasi warna kuning-biru tidak terdapat di dalam salah satu warna koleksi ini. Oleh itu, Puma telah membuat kombinasi warna kuning-biru ini hanya untuk Pahang. Jadi, tidak hairanlah tiada template untuk kombinasi warna kunig-biru di mana-mana kedai di Malaysia mahupun dunia. Istimewa bukan?

Pelancaran Jersi Pahang 2015
Jersi Away yang misteri pengunaannya

Bagi jersi Away, rekabentuknya kembali kepada rekabentuk belang hitam putih yang mula diperkenalkan oleh Stobi pada tahun 2013 setelah ‘berehat’ hampir satu musim dalam Liga Super. Walaupun pada permulaan Piala Malaysia 2014, jersi belang hitam-putih ini diperkenalkan oleh Puma tetapi jersi ini hanya digunakan sebanyak beberapa kali sahaja.

Bagaimana dengan nasib jersi Away pada tahun ini? Seolah-olah sangat eksklusif, setelah 15 perlawanan diharungi dalam Liga Super, Piala FA mahupun Piala AFC, jersi ini masih belum keluar dari tempat ‘persembunyian’nya. Sehingga kini, Pahang masih menggunakan jersi Home sebagai jersi di dalam perlawananan. Sebabnya masih misteri mungkin kerana warna jersi Home lebih serasi dimata para pemain dan pegawai pasukan barangkali. Atau kerana ‘tuah’ yang terdapat pada jersi Home yang menyebabkan Pahang lebih banyak menggunakannya. Teringat pada bekas jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagopal yang lebih gemar memakan jersi biru Away berbanding jersi kuning hitam Harimau Malaya semasa masih melatih pasukan negara.

felda
Jersi Home Felda United (tengah). Gambar : google

Perlawanan antara Pahang dengan Felda United dijangka akan menjadi titik tolak jersi Away keluar dari tempat persembunyian. Ini kerana warna rasmi jersi Home bagi Felda United yang berwarna oren seakan-akan sama dengan warna kuning. Jadi, dari situlah kesimpulan teori ini diambil. Jika tidak, hanya satu perlawanan sahaja yang pasti akan membuatkan jersi Away ini digunakan iaitu semasa menentang Perak di Ipoh kerana jersi Home Perak berwarna kuning sama seperti jersi Home Pahang. Sesuatu yang menarik untuk disaksikan.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top