Anda di sini
Laman Utama > Berita > [MSL]Jaringan Orang Besi benam The Fighters

[MSL]Jaringan Orang Besi benam The Fighters

Dickson Nwakaeme menjadi wira apabila menjaringkan gol tunggal Pahang untuk menewaskan Felda United 1-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebentar tadi. Jaringan pada minit ke 53 itu sudah cukup untuk Pahang memperolehi mata penuh bagi melonjakkan Pahang satu anak tangga ke tempat ke 6 di hadapan pasukan Terengganu

Menguasai hampir keseluruhan perlawanan, Pahang bermula garang dengan banyak melakukan asakan ke kubu Felda yang di kawal oleh Ketua Pasukan mereka Shukor Adan. Pahang menurunkan barisan yang sama semasa menentang Pulau Pinang pada Rabu lepas dengan Alex kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Gol Pahang diperolehi hasil usaha Matias Conti yang berjaya meloloskan diri dari kawalan pemain Felda yang kemudiannya menghantar bola kepada Alex yang kemudiannya membuat hantaran lintang ke dalam kotak penalti Felda. Hantaran rendah tersebut tidak berjaya disambut pada mulanya tetapi kesilapan pemain Felda yang menampan bola kembali ke dalam kotak penalti disambut Dickson dengan membuat placing cantik ke dalam pintu gol Felda United menewaskan penjaga gol Felda United, Farizal Harun.

Kedudukan kekal hingga ke wisel penamat walaupun Felda menyusun kembali gerakan serangan mereka namun mudah dipatahkan oleh barisan pertahanan Pahang.

Keputusan lain :

Kelantan 2 Selangor 1

PDRM 3 Terengganu 1

ATM 1 Sime Darby 1

Lions XII 1 Sarawak 0

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top