Anda di sini
Laman Utama > Berita > [PIALA FA]Tok Gajah lenyapkan impian Harimau Kumbang

[PIALA FA]Tok Gajah lenyapkan impian Harimau Kumbang

Impian Pulau Pinang untuk membuat kejutan dengan melakukan comeback tidak kesampaian apabila hanya mampu seri 2-2 dengan Pahang semalam. Pahang yang mendahului 2-0 secara agregat apabila menewaskan pasukan daripada utara itu pada perlawanan pertama membariskan pemain terkuatnya dengan Azamuddin Akil kembali menyertai kesebelasan utama. Manakala Norazam Azith pula bermula di bangku simpanan menyebabkan Zesh Rehman bergandingan dengan Hafiz Kamal untuk mengemudi barisan tengah dan Ketua Pasukan, Razman Roslan kembali ke posisi terbaiknya di pertahanan tengah.

Pulau Pinang dikejutkan dengan gol awal dari Pahang apabila pemain import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme menjaringkan gol pertama Pahang seawal minit ke-6 untuk Pahang mendahului Pulau Pinang 1-0 setelah menyudahkan hantaran lintang dari R. Gopinathan. Belum lagi sempat Pulau Pinang mengatur kembali taktikal, Dickson menambah derita Harimau Kumbang apabila melakukan gerakan solo dengan berjaya melepasi kawalan 3 orang pemain dan disudahkan dengan merembat melepasi penjaga gol Pulau Pinang Sani Anuar Kamsany. Kedudukan 2-0 kekal hinggal separuh masa pertama tamat.

Pahang bermula di separuh masa kedua dengan mengeluarkan Dickson dan memasukkan pemain no 19 Muhammad Fauzi Roslan. Ketiadaan Dickson menyebabkan barisan serangan Pahang sedikit tumpul dengan Pulau Pinang banyak menguasai perlawanan. Usaha Pulau Pinang terbalas apabila pada minit ke 76, Hilton Moreira menjaringkan gol pertama apabila menyudahkan sepakan percuma berhampiran kotak penalti menewaskan Khairul Azhan. Pahang yang mula mengendurkan permainan dihukum lagi apabila sekali lagi Hilton menjaringkan gol kedua menjadikan kedudukan seri 2-2.

Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan dengan Pahang mara ke Separuh Akhir buat tahun ketiga berturut-turut dengan argregat 4-2 menyertai 3 lagi pasukan iaitu Kelantan, Terengganu dan Lions XII yang menewaskan lawan masing-masing pada hari selasa dan rabu. Kelantan akan menjadi lawan Pahang diperingkat Separuh Akhir manakala Terengganu akan menentang Lions XII.

Gambar : FB PBNP

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

One thought on “[PIALA FA]Tok Gajah lenyapkan impian Harimau Kumbang

Leave a Reply

Top