Anda di sini
Laman Utama > Berita > [PIALA AFC]TokGajah gagal bawa pulang mata

[PIALA AFC]TokGajah gagal bawa pulang mata

4 vs SCAA
Hafiz merembat ke gawang South China. Gambar : Khairul Azrin

Pahang berputih mata di Stadium Mong Kok, Hong Kong malam tadi setelah tewas 3-1 kepada South China AA dalam perlawanan keempat peringkat kumpulan G Piala AFC. Walaupun kembali mendapatkan skuad utama dengan  keempat-empat pemain import dapat diturunkan, namun Pahang dihukum oleh South China menerusi 2 gol awal hasil kesilapan pemain Pahang sendiri.

Pahang bermain baik pada permulaan separuh masa pertama apabila lebih banyak menguasai permainan dengan South China sekali sekala melakukan gerakan serangan balas. Pahang dikejutkan dengan jaringan pertama oleh pasukan tuan rumah apabila Siu Kwan Chan mudah merembat ke arah pintu gol Pahang. Gol berpunca apabila Khairul Azhan gagal menangkap kemas hantaran lintang dari Chan Siu Ki dan kemudiannya bola muntah tersebut disambar oleh Chan Siu Kwan yang melakukan rembatan leret menewaskan Khairul Azhan. Tersentak dengan jaringan tersebut Pahang menggandakan usaha untuk menjaringkan gol tetapi South China gagah bertahan dan keputusan kekal 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Sebaik sahaja bermula separuh masa kedua, Pahang banyak melakukan menggunakan kedua-dua pemain sayap mereka iaiatu R.Gopinathan dan Azidan Sarudin namun pertahanan South China masih kebal untuk bertahan. South China mendapat 2 gol dalam masa 2 minit apabila South China menjaringkan gol pada minit ke 52 dan juga pada minit ke 54 menerusi Lo Kong Wai dan Sealy Jack.

6 vs SCAA
Dickson Nwakaeme cuba melepaskan diri dari diasak 3 pemain South China. Gambar : Khairul Azrin

Jaringan kedua diperolehi setelah Norazam Azith tergelincir semasa mengawal bola di kawasan tengah padang. Pemain South China yang merampas bola tersebut melakukan gerakan satu dua dan mudah disudahkan oleh Kong Wai untuk menewaskan Khairul Azhan. Selang 3 minit kemudian, South China menambah derita Pahang apabila menambah jaringan menjadikan kedudukan 3-0.

Pahang yang kelihatan tersentak dengan jaringan tersebut, menggandakan asakan dan hasilnya berjaya mendapat jaringan menerusi Dickson Nwakaeme pada minit 62. Jaringan tersebut diperolehi setelah Dickson mendada dan merembat bola ke arah pintu gol South China hasil hantaran lambung dari Matias Conti.

Walau tewas, Pahang masih kekal di tangga ke 2 berkongsi mata dengan Global FC yang menang menewaskan Yadanarbon FC 4-1 di Manila. South China kekal mendahului kumpulan G dan telah menempah tempat ke pusingan kedua apabila mengumpul 12 mata apabila menang dalam semua perlawanan.

3 vs SCAA
Sebahagian Penyokong Pahang di Stadium Mongkok. Gambar : Khairul Azrin

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top