Anda di sini
Laman Utama > Berita > [PIALA AFC]Misi 3 mata di Hong Kong

[PIALA AFC]Misi 3 mata di Hong Kong

HK1Misi mencari 3 mata adalah sasaran pasukan Pahang dalam saingan Piala AFC bagi pusingan kedua walau bakal berdepan tugas sukar kerana menentang pendahulu kumpulan G South China AA. Bermain di Stadium Mong Kok yang menjadi venue tuan rumah pada hari Rabu bukan menjadi alasan kepada Zainal Abidin Hassan dan anak buahnya.

Tewas 0-1 pada perlawanan pusingan pertama di Stadium Darulmakmur walau menguasai hampir keseluruhan permainan, Zainal yakin anak buahnya akan menghasilkan sesuatu selepas mendapat kembali tonggak utamanya yang tidak bermain pada perlawanan tersebut. Kehadiran semula Ketua Pasukan, Razman Roslan yang digantung kerana menerima kad merah semasa di Myammar menambah lagi keyakinan pasukan.

HK4
Dickson Nwakaeme menjalani latihan ringan semasa sesi latihan semalam

“Selepas kehilangan mata yang berharga di Kuantan, amatlah penting di sini untuk menang atau sekurang-kurang mencuri satu mata supaya keyakinan dapat dibentuk pada para pemain untuk mendapat keputusan yang lebih baik semasa menentang pasukan lain dalam kumpulan. Ini membolehkan Pahang dapat mara dengan lebih jauh lagi dalam kejohanan ini. 3 pemain dilaporkan cedera iaitu Zesh Rehman, Dickson Nwakaeme dan Hafiz Kamal. Walaubagaimanapun kecederaan mereka tidak serius dan saya akan memantau tahap kecergasan mereka pada malam ini sebelum membuat keputusan untuk menurunkan mereka atau tidak.

HK2
Zainal serius menyaksikan anak buahnya menjalai latihan semalam. Gambar: Khairul Azrin

Sementara itu, Ketua Pasukan Razman Roslan gembira dapat kembali memimpin pasukan dalam perlawanan kali ini. Mengakui South China adalah pasukan yang kuat dan liat untuk dikalahkan, Razman berkeyakinan dengan rakan-rakannya lebih-lebih lagi dengan kehadiran semula Dickson Nwakaeme dan Matias Conti yang pasti akan mengucar-kacirkan pertahanan South China.

“Saya menyaksikan sendiri rakan-rakan bermain sebelum ini dan nampak kita berpeluang untuk memperolehi tiga mata esok dan kami akan cuba sedaya upaya untuk mendapat kemenangan supaya Pahang akan layak lebih awal ke pusingan kedua nanti”.

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: