Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [PREVIEW]Matchday#4: South China AA vs Pahang

[PREVIEW]Matchday#4: South China AA vs Pahang

6 vs SCAA

Pahang memburu kemenangan ke-empat berturut-turut dan ingin mencipta kejutan apabila berhadapan pasukan tuan rumah South China AA bagi aksi keempat kejuaraan piala AFC musim ini. Namun begitu, impian ini bukanlah satu perkara yang mudah apabila mereka bakal menerima tentangan yang sengit dari pasukan tuan rumah yang kini berada pada kedudukan teratas kumpulan G dengan berjaya mencatat 100% kemenangan hasil dari 3 perlawanan.  South China AA yang masih segar dengan kemenangan ke atas Pahang pada 18 Mac yang lalu menerusi gol tunggal permainan oleh Chan Siu Ki pada minit ke 13′ jelas bersemangat untuk mengekalkan momentum kemenangan apatah lagi mereka baru sahaja dibekalkan motivasi yang tinggi selepas berjaya mencatat kemenangan pada aksi suku akhir piala FA pada 12 April yang lalu dengan menundukkan Rangers 1-3.

Jika disorot kembali aksi yang berlangsung pada 18 Mac yang lalu, South China pantas menggunakan kelebihan gol awal yang dimiliki seterusnya mengekalkan kelebihan satu gol itu dengan memperkemaskan jentera tengah dan pertahanan sehingga menyaksikan jentera serangan Pahang terus buntu untuk mencipta jaringan. Serangan pasukan pelawat juga seakan kurang menjadi selepas pemain importnya iaitu Mahama Awal terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan. Awal yang hanya beraksi sepanjang 20 minit permainan jelas tampak berbahaya disebelah sayap kanan apabila berjaya beberapa kali melepasi kawalan Shahrizan Salleh. Untuk mengetahui kekuatan pasukan lawan, boleh rujuk pada posting terdahulu di sini.

Bagi pasukan Pahang pula, ketiadaan dua tonggak yang penting iaitu Conti dan Nwakaeme di bahagian serangan ketika perlawanan itu jelas terasa apabila rangkaian serangan Pahang begitu mudah dipatahkan oleh pemain pelawat. Namun situasi untuk perlawanan esok sudah pasti menjanjikan situasi yang agak berlainan dan diharap gandingan Conti dan Nwakaeme serta kehadiran semula Alex dan Razman Roslan mampu mencipta keputusan yang positif. Selain itu, momentum 3 kemenangan pada perlawanan terdahulu sudah pasti menyuntik semangat para pemain untuk terus mengekalkan rentak positif dan kelihatan beberapa pemain jelas serasi dan menunjukkan prestasi yang diharapkan. Sentuhan menerusi set pieces Hafiz Kamal dilihat sudah kembali berbisa, ini dibuktikan melalui sepakan free kick beliau yang berjaya membantu menghasilkan gol buat pasukan, iaitu free kick ketika gol yang dihasilkan oleh Nwakaeme ketika bertemu Pulau Pinang dan free kick ketika menghasilkan gol pertama oleh Stewart ketika bertemu Kelantan.

CYMERA_20150318_214419

Azidan Sarudin juga dilihat semakin serasi berperanan sebagai sayap kanan pasukan. Peranan beliau disebelah kanan Pahang jelas membawa impak yang positif terutamanya ketika aksi menentang Lions XII dan Kelantan baru-baru ini. Hantaran tepat kepada Nwakaeme seterusnya berjaya menghasilkan gol kedua Pahang ketika berhadapan Kelantan dilihat satu sumbangan yang positif dan diharap rentak permainan yang sama dapat dipamerkan esok. Kubu pertahanan Pahang juga dilihat semakin positif apabila berjaya mencatatkan clean sheet untuk dua perlawanan berturut- turut dan memperlihatkan Razman Roslan selesa bergandingan dengan Stewart di zon pertahanan tengah. Ketangkasan Khairul Azhan juga harus dipuji yang beberapa kali berjaya mengagalkan asakan pasukan lawan seterusnya tidak dibolosi sejak 2 perlawanan.

Menjelang pertemuan esok, diharap sekurang-kurangnya 1 mata berjaya dibawa pulang bagi mengukuhkan lagi peluang untuk mara ke pusingan kalah mati nanti. Peluang dan kesempatan untuk menjaringkan gol perlu dimanfaatkan terutamanya ketika berada dalam situasi set pieces apabila 4 pemain import iaitu Conti-Nwakaeme-Rehman-Stewart dilihat gandingan yang terbaik untuk menyambut hantaran tepat oleh Hafiz mahupun Azidan. Tumpuan harus dipertajamkan sepanjang 90 minit permainan dan tactical discipline yang tinggi seperti aksi yang dipamerkan ketika bertemu Kelantan harus diulangi agar tidak mudah dibolosi terutamanya menjelang penghujung waktu permainan. Kesimpulannya, 3 kemenangan dari 7 perlawanan sepanjang April dilihat suatu keputusan yang amat positif dan harapan agar momentum ini diteruskan pada perlawanan yang keempat ini seterusnya menyuntik semangat untuk bertemu Pulau Pinang pada aksi kedua suku akhir piala FA nanti.

Ayuh Tok Gajahku, selepas Yadanarbon, kita cipta kemenangan kedua di pentas Asia!

Barisan kemungkinan (ramalan tokgajah.com)

 Azhan

Saiful Nizam- Razman- Stewart- Shahrizan

Azidan -Rehman -Hafiz -Gopinanthan

Nwakaeme- Conti

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top