Anda di sini
Laman Utama > Kembara TGC > Menapak ke Mong Kok – Bahagian 3

Menapak ke Mong Kok – Bahagian 3

Dalam bahagian akhir ini, kami nak kongsikan tentang lokasi-lokasi menarik yang boleh kita kunjungi semasa trip ke Hong Kong. Selain dari menonton perlawanan bolasepak boleh juga kita meneroka tempat orang. dengan melawat beberapa tempat menarik di sana.Kami akan berkongsikan tentang cara untuk ke tempat tempat menarik ini hanya dengan menggunakan MTR dari stesen Mong Kok.

Avenue of Star

avenue1 

Jackie_Chan_star
Cuba cari tapak tangan Jackie Chan di sini.

Tempat wajib untuk pergi sebab tiada bayaran masuk yang dikenakan. Tempat ini seperti Walk of Fame di Hollywood. Plak serta patung icon Star of Hong Kong ada di sini. Pemandangan yang cantik juga boleh dilihat dan dinikmati. Waktu paling sesuai untuk ke sini ialah di waktu malam kerana akan ada satu persembahan laser secara percuma yang diadakan pada setiap malam tepat jam 8.00 malam. Siapkan diri anda dan sampailah lebih awal agar mendapat tempat paling hadapan bagi mengambil gambar yang paling menarik. Selain itu, Tsim Sha Tsui Promenade juga terletak disini. Tempat apakah itu? Berjalan menyusuri Tsim Sha Tsui Promenade akan membawa anda melewati Pusat Kebudayaan Hong Kong, Hong Kong Space Museum, Hong Kong Museum of Art dan Avenue of Stars.

aveneu2
Banyak lokasi benarik untuk kita bergambar

Namun, seperti kebanyakan pasangan bercinta ataupun peminat fotografi di sesiaran itu, pandangan anda akan terarah ke selatan dengan topografi dramatik dan binaan indah, di mana latar langit Pulau Hong Kong membayangi perairan sibuk Victoria Harbour. Cara untuk ke sini sangat mudah. Naik MTR dari stesen Mong Kok dan turun di stesen Tsim Sha Tsui. Anda perlu berjalan kaki lebih kurang 8 minit untuk ke Avenue of Star.

Ocean Park

Main_Entrance_of_Ocean_Park

Pertunjukkan Ikan lumba lumba di saksikan di sini
Pertunjukkan Ikan lumba lumba di saksikan di sini

Dunia bawah laut! Ocean Park Hong Kong adalah taman tema hidupan laut bertaraf dunia yang memaparkan haiwan, tunggangan dan pertunjukan, serta menawarkan pelawat suatu pengalaman yang menggabungkan hiburan dengan pendidikan dan pemuliharaan. Ia terletak di selatan Pulau Hong Kong, di kawasan seluas 870,000 meter persegi. Kawasan The Waterfront dan The Summit disambungkan dengan Cable Car atau kereta kabel dan kereta api Ocean Express. Anda memerlukan banyak masa di sini kerana pelbagai permainan serta aktiviti yang ada akan membuat anda asyik dan leka. Tiket untuk masuk berharga HKD345 bersaman RM 164.00 matawang Malaysia.

ocean-park-hong-kong
Keseluruhan Ocean Park Hong Kong

Di sini juga anda boleh melihat Symbio, satu pertunjukan pelbagai deria yang memaparkan skrin air 360 darjah pertama di dunia. Anda juga boleh membuat penerokaan ke dalam Grand Aquarium yang menempatkan beribu ekor ikan daripada beratus spesis dan hidupan akuatik lain yang menakjubkan. Anda boleh melihat dari kubah akuarium terbesar di dunia yang mempunyai garis pusat 5.5 meter ataupun melalui panel menonton gergasi. Pastikan anda berhenti di Neptune restoran untuk merasai pengalaman makan di akuarium, yang pertama seumpamanya di Hong Kong. Cara ke Ocean Park, anda perlu menaiki bas 171 dan bas ini terus menuju ke Ocean Park.

Disneyland Hong Kong

Front_Entrance_of_Disneyland

hong-kong-disneyland
Antara tarikan di Disneyland Hong Kong

Tidak sah jika tak singgah sebentar atau menerokai Disneyland Hong Kong ini. Dunia kanak kanak kita kembali bila masuki dunia Disneyland ini. Tiket untuk masuk ialah HKD499 atau RM236.00. Terletak di kepulauan Lantau dan mempunyai pelbagai taman tema yang tersendiri. Terlalu banyak yang perlu diceritakan jika tentang dunia kanak kanak ini. Anda boleh mencuba atau datang sendiri untuk merasai pengalaman ini. Cara untuk ke Disneyland Hong Kong ini ialah menggunakan MTR dari stesen Mong Kok dan terus ke Disneyland Resort. Perjalanan adalah lebih kurang 35 minit.

The Peak

Victoria-Peak-hong-kong

peak
Keindahan Hong Kong dapat dilihat jelas di sini.

Jika hanya satu perkara yang anda boleh lakukan di Hong Kong, pergilah ke The Peak. Jika banyak yang boleh dilakukan, pergilah juga ke The Peak. Puncak tertinggi di Pulau Hong Kong ini adalah kawasan kejiranan paling eksklusif di Hong Kong sejak era kolonial, pada waktu udara sejuk menarik golongan kaya dan ternama; dan di waktu era selepas adanya alat pendingin hawa, pemandangan indah di sini menjadikan ia tempat tarikan ramai. Pemandangan ini jugalah yang menjadikan The Peak satu daripada tarikan popular di Hong Kong. Pada waktu siang, mata anda akan terpaku melihat bangunan pencakar langit dan Victoria Harbour sehinggalah ke bukit-bukau menghijau New Territories. Pada lewat petang, panorama ini seakan-akan mencair dan bertukar warna menjadi merah jambu dan jingga sebelum disirami cahaya di bawah anda.

Anda juga mungkin dapat mendengar bunyi kesibukan bandararaya di bawah bukit ini. Menaiki Trem Peak adalah memberi pengalaman dan pemandangan indah tersendiri pencakar langit Hong Kong dapat dilihat melewati tingkap kereta api bukit itu pada sudut yang tidak dijangkakan ketika pendakian The Peak dengan kenderaan itu. Cara untuk kesini adalah dengan menaiki MTR dari Mong Kok stesen dan ke Tsuen Wan Line, seterusnya anda terpaksa menaki minibas no 1 dan terus ke The Peak. Tiket Trem untuk naik ke sana ialah berharga HKD40-HKD83 (RM18.92-RM39.26).

Ladies Market

Hong-Kong-Ladies-Market-4

Seakan akan petaling street di Kuala Lumpur, syurga membeli belah jalanan disini.Lebih 100 buah gerai yang menawarkan pakaian, aksesori dan cenderahati, Ladies’ Market di Tung Choi Street memberikan satu kilometer peluang untuk anda mempraktikkan kemahiran tawar-menawar. Ia mendapat nama kerana banyaknya barangan untuk wanita pelbagai peringkat usia yang dijual di situ seperti pakaian dan aksesori; walaubagaimanapun, dengan adanya jam tangan, kosmetik, beg, barangan perhiasan rumah, CD dan kota perhiasan yang ditawarkan, anda tidak perlulah ke pasar itu hanya untuk mendapatkan sepasang stokin nilon. Jangan menawar harga jika anda tidak bersungguh untuk membelinya. Cara kesini sangat mudah kerana ia adalah berada d bandar Mong Kok.

Menarik bukan jika dapat ke Hong Kong. Masih ada masa untuk anda membeli tiket dan terbang bersama sama kami bagi menyokong pasukan Pahang dan menikmati keindahan tempat orang. Kami berbesar hati jika anda menghubungi kami untuk berkongsi cerita atau bersama-sama ke Hong Kong. Diharapkan pasukan Pahang mencapai kemenangan dalam perlawanan menentang South China AA nanti. Tunjukkan semangat anda bersama kami.

Leave a Reply

Top