Anda di sini
Laman Utama > Berita > [MSL]Rekod 12 tahun lebur

[MSL]Rekod 12 tahun lebur

Gambar : FB PBNP

Setelah 12 tahun, akhirnya Pahang berjaya meleburkan rekod tanpa kemenangan di Stadium Sultan Muhammad IV apabila menewaskan Kelantan 2-0 dalam aksi Liga Super sebentar tadi. Kali terakhir Pahang menewaskan Kelantan di Khota Bharu ialah pada tahun 2003.

Pahang yang menurunkan barisan berbeza dengan perlawanan terakhir Liga Super semasa menentang Lions XII apabila merehatkan Norazam Azith dan menurunkan kembali Damion Stewart yang sudah pulih dari kecederaan selain penampilan pertama pemain naturalisasi dari Australia Matthew Davies yang bermain di posisi pertahanan kanan. Zesh Rehman diberi tugas oleh Ketua Jurulatih Zainal Abidin Hassan untuk mengemudi bahagian tengah bersama Hafiz Kamal.

Permainan yang seimbang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan dengan Kelantan lebih banyak melakukan serangan namun mudah dipatahkan oleh barisan pertahanan Pahang. Gol pertama perlawanan hadir pada minit ke 40 apabila Damion Stewart berjaya menjaringkan gol melalui tandukannya hasil sepakan percuma yang diambil oleh Azidan Sarudin.

Kelantan terus mengasak untuk mencari gol pernyamaan sebaik sahaja babak kedua bermula namun ketumpulan penyerang mereka yang di ketuai oleh pemain import dari Cameroon, Emmanuel Kenmogne masih gagal menjaringkan gol yang dicari. Penyerang import Pahang Dickson Nwakaeme mendiamkan penyokong Kelantan apabila menjaringkan gol  kedua Pahang pada minit ke 56 perlawanan. Gol yang berpunca dari gerakan solo Dickson yang menewaskan 3 pemain Kelantan dan melakuka rembatan cantik ke penjuru gol Kelantan untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat. Keputusan terus kekal sehingga tamat permainan membolehkan Pahang memeprolehi kemenangan pertama di Kota Bharu setelah 12 tahun.

Keputusan lain:

Felda Utd 3 PDRM 2

Sarawak 2 Sime Darby 1

ATM 1 Selangor 3

Perak 2 Terengganu 3

Lions XII 0 JDT 0

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top