Anda di sini
Laman Utama > Kembara TGC > Menapak ke Mong Kok – Bahagian 2

Menapak ke Mong Kok – Bahagian 2

Passport dah ready! Tiket penerbangan pun dah beli! Jom kita ke Hong Kong! Dalam bahagian kedua ini kami akan berkongsi bagaimana anda hendak berhadapan kehidupan di Hong Kong nanti. Moga-moga ia dapat memberi panduan serba sedikit semasa berada di bumi asing.

KLIA2 agak luas. Jadi datang lebih awal adalah lebih baik untuk mengelakkan anda tertinggal kapal terbang
KLIA2 agak luas. Jadi datang lebih awal adalah lebih baik untuk mengelakkan anda tertinggal kapal terbang

Jadi, lebih baik kami mulakan di KLIA2. Untuk penerbangan antarabangsa pastikan anda tiba di KLIA2 sekurang kurangnya 2 jam sebelum berlepas. Ini adalah kerana untuk penerbangan antarabangsa anda perlu berada lebih awal untuk check in bagasi dan pemeriksaan imigresenAnda boleh check in terlebih dahulu dia talian. Ini lebih mudah dan menjimatkan masa. Jangan lupa untuk print boarding pass. Langkah ini  akan menjimatkan masa kerana anda tidak perlu ke kaunter untuk check in. Jika belum lagi mencetak boarding pass kaunter menawarkan khidmat mencetak tapi dengan caj yang tertentu. Jika tiada bagasi yang perlu di daftar masuk, anda boleh  terus ke gate yang telah ditenetukan dalam boarding pass.Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong adalah selama 3 jam 45 minit bergantung kepada kelancaran air traffic.

Sampai di  Hong Kong International Airport (HKIA) anda boleh terus ke tuntutan bagasi jika ada atau boleh terus ke balai ketibaan.Maka dari sinilah pengembaraan anda bermula. Bagaimana hendak ke pusat bandar? Anda boleh memilih menggunakan pelbagai jenis pengangkutan awam, samada MTR, bas, teksi atau Airport Limo. Semestinya Airport Limo pasti agak mahal. Cadangan kami gunakan MTR ataupun bas. Tahukah anda? pengangkutan awam di Hong Kong adalah antara yang terbaik dan efisien.

octopus_card
Kad Octopus yang digunakan sama seperti kad TnG di Malaysia. Gambar : www.hongkongblogspot.com

Jika anda bercadang untuk banyak menggunakan MTR atau bas, kami menyesyorkan anda membeli Octopus Card.  Kad ini ada dijual di kaunter MTR di dalam HKIA nanti. Kad Octopus berfungsi sini sama seperti kad Touch N Go di tempat kita, bezanya adalah ia boleh digunakan lebih meluas sehinggakan untuk membeli barang di 7 eleven pun boleh menggunakan kad ini. Malah untuk menambah nilai kad juga mudah dan boleh dilakukan 7 eleven. Dengan menggunakan kad Oktopus ini, anda boleh menjimatkan wang saku anda kerana jika anda menggunakan perkhidmatan awam lain seperti bas contohnya, baki wang anda tidak dipulangkan. Menariknya, kad ini boleh dipulangkan semula apabila anda hendak kembali ke tanah air nanti dan anda akan menerima kembali deposit dan baki yang ada di dalam kad tersebut.

Penggunaan MTR sangat memudahkan
Penggunaan MTR sangat memudahkan

Dari HKIA adalah lebih mudah anda menggunakan MTR (seperti LRT di Malaysia). Trip perjalanan adalah dari Airport ke Mong Kok atau Prince Edward (bergantung dimana lokasi penginapan anda) melalui Tsing Yi dan Lai King (penukaran stesen). Kedua dua stesen ini  (Mong Kok & Prince Edward) berdekatan dengan lokasi stadium untuk perlawanan pasukan Pahang nanti. Namun jika anda ingin berjimat, perkhidmatan bas adalah cara terbaik. Anda boleh mengambil airport shuttle bas no A21 dan turun di Nathan Road dan terus meyusuri jalan utama untuk ke pusat bandar Mong Kok.

Di bandar Mong Kok terdapat banyak hotel, hostel, dorm atau rumah tumpangan. Anda boleh rujuk nama nama hotel atau hostel yang telah kami berikan pada edisi sebelum ini (bahagian 1). Adalah disyorkan anda memilih yang berdekatan dengan stesen MTR dan stadium agar lebih jimat dan mudah untuk bergerak. Peta Hong Kong boleh didapati di airport secara percuma dan ini agak penting untuk memudahkan anda bergerak dan melawati tempat-tempat yang menarik.

 

Adalah lebih baik anda menukar matawang lebih awal sebelum ke Hong Kong. Mereka  menggunakan matawang HKD ( Hong Kong Dollar). Kadar penukaran sekarang adalah RM100.00 = HKD 209.00 ( 30 March 2015) dan kadar ini mengikut nilai semasa dan itu adalah tanpa charge komisen money changer. Penukaran di Airport memang mudah tetapi mungkin anda terpaksa membayar harga yang lebih mahal.

Cuaca HKCuaca di Hong Kong ketika ini adalah dalam 21 celcius maksimum dan 19 celsius pada minimum serta kelajuan angin sehingga 21 km/h (sumber: weather.com). Anda juga dinasihatkan membawa botol air sepanjang anda berada di sana. Ini kerana tandas di Hong Kong tidak mempunyai kepala paip dan air untuk bersuci hanya boleh didapati pada sinki tandas sahaja. Agak janggal bagi yang pertama kali tapi ini adalah pengalaman yang menarik jika mengembara ke tempat orang.

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: