Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > [MPL]The SeaGulls tersungkur di Shah Alam

[MPL]The SeaGulls tersungkur di Shah Alam

Sumber gambar : Berita Harian

Kehadiran pemain import baru gagal menyemarakkan semangat Kuantan FA apabila tewas dalam aksi ke 7 Liga Perdana menentang UiTM FC di Stadium Shah Alam petang tadi. Skuad jurulatih Kuantan FA, Aminuddin Hussin tidak menyenaraikan penyerang Haiti Patrice Noel dan Abdul Malik Mat Ariff dalam kesebelasan utama dan mereka hanya bermula dari bangku simpanan.

Menguasai hampir keseluruhan permainan, Kuantan FA ketinggalan seawal minit ke 16 apabila pemain import UiTM FC, Abdi Kassim Sadallah menjaringkan gol untuk menewaskan penjaga gol Kuantan FA, Judtanna Eh Put. Gol kedua pula hadir melalui pemain import No 19 dari Ivory Coast Dao Backary yang menggagalkan perangkap offside oleh pertahanan Kuantan FA.

Pada minit ke 70, Kuantan FA terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain apabila penjaga gol Kuantan FA dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain UiTM FC Mohd Syafiq Mokhtar di dalam kotak penalti. Dao Backary tenang menyempurnakan sepakan penati tersebut menewaskan penjaga go gantian Mohamad Fitry Kamal Ariffin.

Bermain dengan 10 orang pemain tidak mematahkan semangat Kuantan FA malahan mereka terus melancarkan serangan bertali arus ke kubu UiTM FC. Hasilnya Kuantan FA memperolehi sepakan penalti pada minit ke 83 apabila Milan Perovic dijatuhkan oleh pemain pertahanan UiTM FC di dalam kotak penalti. Milan Perovic berjaya menyempurnakan penalti itu untuk merapatkan jurang jaringan kepada 1-3.

Seperti seolah-olah mendapat semangat dari jaringan tersebut, Kuantan FA terus mencari gol dan hasilnya penyerang baru dari Haiti, Pabrice Noel  menjaringkan gol dari penampilan pertamanya bersama Kuantan FA melalui tandukan hasil hantaran dari sepakan percuma Tarik Al Janaby di sebelah kanan pintu gol.

Keputusan lain :

DRB Hicom 1 TTeam 2

SPA FC 1 Kuala Lumpur 0

Sabah 1 PKNS 1

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top