Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [MSL]Kapten Pahang yakin tewaskan Kelantan

[MSL]Kapten Pahang yakin tewaskan Kelantan

RazmanBermain dalam jadual yang padat sepanjang bulan April ini sudah mula memberi kesan kepada para pemain.  Menurut kapten Pahang, Razman Roslan yang kami temui baru-baru ini, sebagai pemain profesional mereka perlu lebih bersedia dari segi mental dan fizikal tambahan pula hanya Pahang pasukan tunggal yang masih bersaing dalam semua kejohanan yang disertai iaitu Liga Super, Piala FA dan juga termasuk Piala AFC.

Selain dengan rehat yang tidak mencukupi, pemain juga terpaksa menempuh perjalanan yang panjang lebih-lebih lagi dalam saingan Piala AFC di mana pasukan Tok Gajah akan menentang Kelab dari Hong Kong, South China di tempat lawan. Kesannya dapat dilihat apa Pahang hanya memperolehi 2 kemenangan sahaja pada bulan Mac dari 6 perlawanan.

IMG_4858
Matthew Davies diharap dapat memenri impak kepada skuad Pahang.

Ketika diminta untuk mengulas tentang kemasukan tentang pemain naturalisasi dari Australia, Matthew Davies yang baru menyertai pasukan, Razman berharap Davies dapat membantu memperkuatkan pasukan terutama untuk baki saingan musim ini. “Baru 2 hari menyertai latihan, saya melihat dia sebagai sangat berbakat ditambah pula beliau masih muda. Kami harap dia dapat cepat membentuk keserasian dengan kami dan dapat membantu kami mengekalkan kejuaraan Piala FA dan Piala Malaysia nanti”

Bagi persediaan menentang Kelantan pada hari esok, Razman melaungkan keyakinan lebih-lebih lagi selepas menang dalam 2 perlawanan terakhir di mana mereka menewaskan Lions XII dan Pualau Pinang. Menurutnya, moral mereka ditahap tertinggi namun perlu berhati-hati kerana bakal beraksi di stadium keramat Kelantan iaitu Stadium Sultan Mohamad IV. Melihat kepada rekod Pahang di Kota Bharu yang tidak begitu cemerlang, dengan hanya mencatat keputusan seri 2-2 dalam perlawanan Liga Super tahun lalu. Selain itu, igauan ngeri dibelasah 0-5 di sana pada peringkat kumpulan Piala Malaysia 2013, pasti membuatkan pemain Pahang lebih berhati-hati.

“Mereka mempunyai ramai pemain yang bagus. Namun, Badhri Radzi (Piya) serta Wan Zaharulnizam (Kecik) bakal membuatkan kami bekerja keras. Mereka berdua perlu diberi lebih perhatian. Selain dari itu, mereka ada Jurulatih baru yang berpengalaman. Ini pasti menyukarkan kami”

Pahang yang mungkin beraksi tanpa 4 pemain utama apabila mereka dikhabarkan masih dalam senarai kecederaan. Pemain tersebut ialah tonggak pertahanan Damian Stewart, Pemain tengah Hafiz Kamal, Pemain sayap R. Gopinathan dan juga Penyerang Dickson Nwakaeme.

Leave a Reply

Top