Anda di sini
Laman Utama > Berita > [MSL]Matthew Davies sandaran terbaru Pahang

[MSL]Matthew Davies sandaran terbaru Pahang

Pasukan Pahang memperkenalkan Matthew Davies sebagai pemain terbaru Pahang dalam satu sidang media selepas perlawanan Pahang menentang Pulau Pinang malam tadi. Berusia 20 tahun itu berasal dari Australia dan telah bermain dengan Perth Glory sebelum iniboleh ermain di posisi pertahanan kanan serta sayap kanan. Bapanya merupakan warganegara Australia manakala ibunya berasal dari Sabah. Ini membolehkan beliau mendapat kerakyatan negara ini dan memiliki status pemain tempatan seperti Brendan Gan (Kelantan) dan Junior Eldstal (JDT I).

Menurut Matthew, beliau berasa cukup teruja dengan peluang beraksi bersama Pahang setelah melihat bakal rakan sepasukannya menewaskan Pulau Pinang 2-0 dalam Perlawanan Suku Akhir Piala FA semalam. Keputusan untuk beliau menyertai Liga Malaysia dengan mewakili Pahang setelah mendapat nasihat dari bekas pemain Pahang, Alan Davidson & Anthony Milicic serta  pemain warga Australia yang pernah bermain di sini seperti Alistair Edward & Scott Ollerenshaw.

Matthew bersama Farizal, Dato' Che Nasir dan Zainal Abidin Hassan semasa sesi media semalam.
Matthew bersama Farizal, Dato’ Che Nasir dan Zainal Abidin Hassan semasa sesi media semalam. Gambar : Aiman Dahalan

Ketika ditanya mengenai jurulatih U23 negara, Datuk Ong Kim Swee yang sedang memantau permainannya, beliau gembira dengan perkembangan itu serta sudah bersedia untuk berkhidmat dengan Malaysia jika diberi peluang. Datuk Ong Kim Swee dikatakan berminat membawa Matthew ke dalam skuad Sukan SEA di Singapura nanti jika beliau boleh memberi prestasi yang diingini oleh Jurulatih Skuad Bawah 23 negara itu.

Sementara itu, jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan gembira dengan kehadiran Matthew dan menyifatkannya sebagai prospek masa depan bola sepak Pahang. Beliau kini mempunyai lebih pilihan dibarisan pertahanan dan mengharapkan Matthew mampu memberi impak kepada Pahang.

Dengan kehadiran Matthew serta peningkatan prestasi Nor Azam Azih dan Rizua Shafiqi serta pendedahan berterusan kepada Mohd Faizal Mat Rani, nyata Pahang kini tidak ketandusan pemain muda untuk meneruskan kesinambungan skuad yang telah dibentuk sejak 6 tahun lalu. Dengan beberapa key player yang telah mencecah umur lebih 32 tahun, kehadiran pemain-pemain muda tersebut pada masa ini dilihat satu perancangan jangka panjang PBNP dalam meneruskan momentum sang juara yang dicapai sejak 2 tahun lalu.

Profil Matthew

4 thoughts on “[MSL]Matthew Davies sandaran terbaru Pahang

  1. suntikan tenaga muda yang sangat baik. harap permainan Pahang konsisten di Liga Super, FA Cup dan AFC Cup.. hogoh Pahang Hogoh!

  2. suntikan tenaga muda yang sangat baik. harap permainan Pahang konsisten di Liga Super, FA Cup dan AFC Cup.. hogoh Pahang Hogoh!

    tok gajah boleh

Leave a Reply

Top