Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > [MPL]Fabrice Noël perkuatkan The Seagull

[MPL]Fabrice Noël perkuatkan The Seagull

Setelah aksi yang mengecewakan sejak permulaan musim apabila hanya memperolehi 4 mata hasil dari 1 kemenangan dan 1 seri, Kuantan FA telah membuat sedikit perubahan bagi memantapkan lagi pasukan khasnya jentera serangan dengan menandatangani pemain import baru iaitu Fabrice Noel. Pemain import baru ini yang juga pemain kebangsaan Haiti akan menggantikan pemain import dari Korea Selatan, Im Kyung-hyun.

Fabrice semasa mewakili pasukan negaranya HAITI.
Fabrice semasa mewakili pasukan negaranya HAITI.

Fabrice, 29 yang sebelum ini bermain di Liga Singapura dengan mewakili Tempines Rovers FC bukanlah seorang yang asing bagi peminat Liga Malaysia apabila bermain dengan pasukan ATM pada musim 2014. Beliau mencuri tumpuan apabila menjadi pemain yang menggantikan bekas pemenang kasut emas 2013, Marlon Alex James. Sepanjang musim 2014, beliau menjaringkan 3 gol dari 8 penampilannya bersama ATM.

Difahamkan pemain ini sudah menandatangai kontrak untuk bersama Kuantan FA sehingga penghujung musim dan bakal diturunkan dalam perlawanan Liga Perdana menentang UiTM FC di Stadium UiTM pada hari ini sekiranya memperolehi sijil perpindahan berjaya diperolehi.

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top