Anda di sini
Laman Utama > Berita > [PIALA FA]Pahang bawa bekalan selesa ke Bandaraya

[PIALA FA]Pahang bawa bekalan selesa ke Bandaraya

Pahang menarik nafas lega apabila membawa bekalan selesa ke Stadium Bandaraya nanti apabila menewaskan Pulau Pinang 2-0 pada saingan suku akhir pertama Piala FA, sebentar tadi. Pahang hanya membuat satu pertukaran dalam kesebelasan utama menentang Lions XII Sabtu lalu apabila menurunkan Shahrizan Salleh menggantikan Damion Stewart yang cedera disaat-akhir.

Pahang mendahului seawal minit ke 8 apabila Hafiz Kamal merembat kencang dari luar kotak penalti hasil lorongan bijak  Gopinathan setelah melihat Hafiz pada posisi sesuai untuk melakukan rembatan. Gol tersebut ternyata menyemarakkan semangat Pahang apabila menambah gol kedua melalui Dickson Nwakame yang menyudahkan peluang hasil sepakan percuma Hafiz Kamal yang terkena tiang pada minit ke 13.

Dalam menghadapi jadual padat sepanjang April ini, Ketua Jurulatih Zainal Abidin Hassan telah memasukkan Fauzi Roslan pada separuh masa kedua bagi menggantikan Dickson Nwakaeme. Bagaimanapun, ketiadaan Dickson sedikit merencatkan corak serangan Pahang diseparuh masa kedua yang sedikit tumpul dan hanya sesekali melakukan serangan balas. Sebaliknya, Pulau Pinang lebih menguasai perlawanan pada babak kedua namun Pahang bernasib baik kerana penyudah lawan yang agak tumpul.

Keputusan kekal 2-0 hingga ke wisel penamat namum masih ada 90 minit lagi di Stadium Bandaraya sebelum berjaya melangkah ke Separuh Akhir untuk bertemu pemenang antara Kelantan dan Sime Darby.

Keputusan lain :

Terengganu 1 Pahang 1

Sime Darby 1 Kelantan 1 

Leave a Reply

Top