Anda di sini
Laman Utama > Futsal Pahang > [LFK]Pahang terus bergelut

[LFK]Pahang terus bergelut

Hanya 3 mata dikutip anak buah Coach Yazeed pada minggu ke-5 LFK2015 selepas membenam KL MK 5-2 pada Jumaat, sebelum tunduk 2-5 kepada Perak pada Ahad. Aksi yo-yo pasukan Pahang pada musim ini menyaksikan mereka kini berada di zon penyingkiran ke pusingan kelayakan, menduduki tangga ke-9 dengan 11 mata, 3 mata di belakang KL MK.

Pada Jumaat, skuad Tok Gajah cemerlang membenam skuad KL MK 5-2 selepas mendahului 4-0 pada suatu ketika. Gol-gol Pahang dijaringkan oleh Baazli Halmie, Noorkhairi, Muhammad Akhmal Hakimie, Mohd Akhmall dan Mohd Reihann. Namun pada petang Ahad, segalanya tampak tidak menjadi buat skuad Pahang apabila ketinggalan 0-2 pada 6 minit pertama, dan kemudiannya tewas 2-5 kepada Perak. Gol Pahang dijaringkan oleh Muhammad Akhmal Hakimi dan Mohd Khairul Irfan.

Minggu ke-6 LFK2015 bakal berlangsung di KSL Sri Gombak. Pahang akan melengkapkan jadual pusingan pertama apabila bertemu Kuala Lumpur Petaling Putra pada petang Sabtu, dan kembali bertemu Sabah Quilmes Ambush untuk permulaan pusingan kedua LFK2015 pada pagi Ahad.

Keputusan LFK2015 Minggu 5
1. Pahang 5-2 KL MK
Penjaring gol:Baazli Halmie, Noorkhairi, Muhammad Akhmal Hakimie,Mohd Akhmall dan Mohd Reihann.

2. Pahang 2-5 Perak
Penjaring gol:Muhammad Akhmal Hakimi dan Mohd Khairul Irfan.

Jadual LFK2015 Minggu 6
1. Sabtu (11 April) – Pahang vs Kuala Lumpur Petaling Putra | 3.30 petang
2. Ahad (12 April) – Pahang vs Sabah Quilmes Ambush | 11.00 pagi

*kesemua perlawanan berlangsung diKSL Sri Gombak, Gombak Selangor darul Ehsan

muhsin
"Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah" @syedahmadmuhsin

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: