Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [PREVIEW]Pahang vs Pulau Pinang (Suku Akhir pertama)

[PREVIEW]Pahang vs Pulau Pinang (Suku Akhir pertama)

Pertembungan melibatkan kedua-dua buah pasukan ini pernah menjadi perhatian dalam kalangan peminat bola sepak tanahair satu ketika dahulu terutamanya pada lewat tahun 90an. Kali ini perlawanan yang dianggap epic satu ketika dahulu akan berulang Selasa ini apabila mereka dipertemukan dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA 2015 di Stadium Darul Makmur.

penang
Skuad Pulau Pinang 2015. Gambar : Arena Penang Panthers

Kedua-dua pasukan yang berbekalkan motivasi yang tinggi selepas berjaya menewaskan pasukan lawan masing-masing dalam saingan peringkat liga baru-baru ini ternyata tidak mahu mempersia-siakan peluang beraksi di peringkat suku akhir ini. Buat pasukan Harimau Kumbang, kesempatan untuk meneruskan aksi bagi saingan kali ini sememangnya tidak akan dilepaskan dengan mudah apabila kali terakhir pasukan ini berjaya memenangi kejuaraan adalah pada tahun 2002.

Jurulatih Puplau Pinang, Jacksen Ferreira Tiago
Jurulatih Pulau Pinang, Jacksen Ferreira Tiago

Pasukan yang dibimbing oleh Jacksen Ferreira Tiago ini ternyata mempunyai ramuan yang istimewa apabila muncul sebagai pasukan tunggal yang masih belum tewas dalam saingan liga perdana setakat ini seterusnya meletakkan pasukan ini berada di persada liga dengan mengumpul 14 mata selepas 6 perlawanan. Pasukan ini juga turut berada dalam kelas yang tersendiri apabila hanya melepaskan 4 gol dalam saingan liga seterusnya mencerminkan kekuatan yang ada pada pasukan ini terutamanya dibenteng pertahanan. Kejutan terhadap Negeri Sembilan digelanggang lawan pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA tempoh hari cukup memberikan petanda awal seterusnya melaungkan amaran bahawa pasukan ini tampil untuk memberikan cabaran yang sengit dalam kejuaran utama Liga Malaysia musim ini. Diperkuatkan dengan kehadiran 4 pemain import iaitu Oliveira Lobo, Alberto Goncalves, Lee Gil Hoon dan Hilton Moreira serta dibarisi dengan beberapa pemain tempatan yang berpengalaman seperti Faiz Subri, Yong Kuong Yong, Remezey Che Ros dan Mafry Balang dilihat mampu menghadirkan ancaman buat kubu Pahang nanti.

10 vs Lions XII
Azidan meraikan gol ketiga pasukan Pahang. Gambar : Ahmad Faiz Ishak

Bagi skuad Tok Gajah, kemenangan tipis yang tercipta Sabtu lalu jelas melegakan kem Pahang dan penyokong setianya tatkala bakal berhadapan 7 lagi perlawanan kompetitif sepanjang April ini. Gandingan Matias Conti dan Dickson Nwakaeme dilihat semakin serasi terutamanya pada awal babak pertama perlawanan ketika bertemu Lions XII baru-baru ini. Ini dibuktikan pada minit ke 6′ apabila Conti berjaya menyambut umpanan cantik dari Nwakaeme namun rembatan beliau berjaya ditepis keluar oleh Izwan Mahbud. Aksi yang cukup bertenaga dan mantap turut dipersembahkan oleh Azidan Sarudin yang dilihat semakin serasi berada dibahagian sayap kanan pasukan Pahang. Tandukan set back beliau yang mencari Hafiz Kamal pada minit ke 8′ cukup berharga namun sekali lagi ketangkasan Izwan berjaya mengagalkan percubaan kaki kiri Hafiz Kamal. Begitu juga penglibatan beliau dalam merencanakan gol penyamaan Conti apabila beliau tenang mengelecek seorang pemain pertahanan lawan seterusnya menghasilkan umpanan yang tepat ke arah Conti. Azidan juga seolah-olah berada dalam kemuncak prestasinya apabila bijak menghidu peluang dalam kotak penalti lawan seterusnya berjaya menyumbangkan gol ketiga buat pasukan tuan rumah.

Gandingan Conti-Nwakaeme menjadi taruhan Pahang. Gambar : mstar
Gandingan Conti-Nwakaeme menjadi taruhan Pahang. Gambar : mstar

Semoga gandingan Nwakaeme-Conti dan persembahan yang bertenaga yang ditunjukkan oleh Azidan akan terus konsisten terutamanya berhadapan dengan skuad Pulau Mutiara nanti. Bekalan yang selesa di halaman sendiri sememangnya menjadi buruan skuad Tok Gajah bagi menambah keyakinan ketika bermain pada perlawanan kedua nanti. Sungguhpun beraksi dalam liga perdana, kemampuan skuad Harimau Kumbang ini tidak seharusnya dipandang sepi kerana mereka memiliki fighting spirit dan teamwork yang jitu terutamanya pada aksi yang ditunjukkan ketika dalam saingan liga tempoh hari di mana mereka bangkit dari ketinggalan 0-1 dan berjaya memenangi perlawanan dengan menghasilkan 2 gol lewat permainan. Tumpuan para pemain Pahang selama 90 minit terutamanya dipenghujung permainan seharusnya dikekalkan untuk tidak melepaskan gol yang boleh memberi kelebihan buat pasukan pelawat.

Aksi kedua dalam fasa perlawanan yang padat,moga Tok Gajah mencipta kemenangan. Hogoh Pahang Hogoh!

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

One thought on “[PREVIEW]Pahang vs Pulau Pinang (Suku Akhir pertama)

Leave a Reply

Top