Anda di sini
Laman Utama > Berita > [MSL]Pahang lega raih 3 mata penuh

[MSL]Pahang lega raih 3 mata penuh

Pahang bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan Lions XII 3-2 sebentar tadi. Pahang hampir-hampir mendahului pada minit ke 5 apabila lambungan Dickson Nwakame gagal disudahkan oleh Matias Conti.

IMG_4648
Izwan menyelamatkan percubaan Matias Conti. Gambar : Ahmad Faiz Ishak

Pada minit ke 8, giliran Hafiz Kamal pula merembat kencang dari luar kotak penalti namun penjaga gol Lions XII, Mohd Izwan Mahbud berjaya menepis percubaannya.

Dalam kesungguhan melakukan serangan, Lions menghukum kealpaan benteng Pahang apabila Muhammad Faris Ramli tenang menyempurnakan peluang pada minit ke 15 menewaskan Khairul Azhan.

Pahang sepatutnya menyamakan kedudukan melalui Zesh Rahman pada minit ke 29 namun tandukannya yang menerjah jaring dibatalkan kerana offsaid.

Pahang akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 35 melalui tandukan Matias Conti hasil hantaran Azidan Sarudin.

 

R Gopinathan meraikan gol keduanya. Gambar : Ahmad Faiz Ishak

R. Gopinathan menceriakan penyokong tuan rumah apabila tenang menyempurnakan hantaran Dickson Nwakame pada minit ke 65. Jaringan berpunca daripada Dickson yang mengawal bola dalam kotak penalti sebelum menghantar kepada Gopi.

Pahang menambah gol ketiga pada minit ke 77 melalui Azidan Sarudin hasil keadaan kelam kabut di depan pintu gol Lions XII.

Seminit sebelum wisel penamat, Lions XII berjaya mendapat gol kedua melalui Khairul Nizam Md Zain

Keputusan lain :

Terengganu 2 Kelantan 1

JDT I 2 ATM 1

Felda Utd 1 Perak 4

Selangor 3 Sime Darby FC 2

 

2 thoughts on “[MSL]Pahang lega raih 3 mata penuh

Leave a Reply

Top