Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Kuantan FA gapai kemenangan pertama

Kuantan FA gapai kemenangan pertama

Kuantan FA akhirnya berjaya memecah kebuntuan apabila mencipta kemenangan pertama dalam saingan Liga Perdana musim ini apabila menewaskan DRB Hicom 2-1 di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi. Bagaimanapun, pelawat terlebih dulu mengejutkan tuan rumah apabila  mendahului seawal minit ke 13 hasil jaringan Ahmad Aminuddin Shaharudin yang merembat kencang dari luar kotak penalti.

1 vs DRB

Sebelum tamat separuh masa pertama, Kuantan FA menyamakan kedudukan melalui Milan Purovic yang  menyempurnakan sepakan penalti, untuk menewaskan penjaga gol lawan, Mohd Jibrail Kamaron.Bekas pemain Pahang dan PDRM, Mohd Hazuan Daud nyaris meletakkan Kuantan FA dihadapan apabila sepakan gunting beliau pada minit ke 72, berjaya ditepis Mohd Jibrail.

Hazuan sekali lagi hampir menambah gol apabila tandukannya sedikit melewati palang hasil sepakan penjuru pada minit ke 80. Kuantan akhirnya berjaya mendahului apabila Milan bijak menyempurnakan hantaran lintang Hazuan pada minit ke 84. Walaupun saling berbalas serangan, kedudukan 2-1 kekal hingga ke wisel penamat.

4 vs DRB

Keputusan lain :

K.Lumpur 0 Kedah 1

UiTM 3 SPA 1

PKNS 1 N.Sembilan 1

P.Pinang 2 JDT II 1

TTeam 4 Sabah 3

Leave a Reply

Top