Anda di sini
Laman Utama > Futsal Pahang > Liga Futsal Kebangsaan 2015 : Minggu 4 – Pahang kutip 1 mata

Liga Futsal Kebangsaan 2015 : Minggu 4 – Pahang kutip 1 mata

Skuad futsal lelaki Pahang masih terumbang ambing dalam mengharungi LFK2015, apabila hanya mengutip 1 mata dari 2 perlawanan pada minggu ke-4. Tewas 2-3 kepada T-Team di akhir permainan, dan terikat 1-1 dengan Selangor selepas mendahului 1-0 pada babak pertama, jelas menunjukkan kekurangan pengalaman di peringkat tertinggi menjadi faktor pasukan kendalian Coach Yazeed gagal mempertahankan gawang mereka dari dibolosi di hujung permainan.

T-Team meledak gol ke-3 mereka ketika perlawanan hanya berbaki 8 saat. Selangor pula menyamakan kedudukan pada 4 minit terakhir perlawanan selepas Muhammad Asyraf dilayangkan kad merah menyebabkan Pahang beraksi 4 pemain.

Deretan peluang juga gagal dimanfaatkan sewaktu serangan juga yang di ketuai Muhammad Akhmall dan Akmarulnizam tampak merencatkan lagi taktikan Coach Yazeed.

Pemain sedang mendengar arahan dari Jurulatih. Gambar : Syed Muhsin
Pemain sedang mendengar arahan dari Coach Yazeed. Gambar : Syed Muhsin

Namun begitu, masih belum terlambat untuk Pahang bangkit dalam minggu-minggu seterusnya LFK2015 ini, kerana mereka baru sahaja mengharungi 8 perlawanan. Diharap Pahang dapat cepat menemui sentuhan kemenangan seterusnya layak ke pusingan Grand Final LFK2015. Ayuh Tok Gajah !

Keputusan LFK 2015 Minggu 4
Pahang 2-3 Terengganu PBDKT/T-Team
Muhammad Sabri, Sheikh Muhammad Falah

Pahang 1-1 Selangor
Muhammad Sabri

Jadual LFK2015 Minggu 5
KL MK vs Pahang | 3 April 2015 (Jumaat)| 6.00 petang
Pahang vs Perak | 5 April 2015 | 6.30 petang (Ahad)

*kesemua perlawanan berlangsung di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam

muhsin
"Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah" @syedahmadmuhsin

Leave a Reply

Top