Anda di sini
Laman Utama > Dari Luar Stadium > [Artikel] Keletihan dari aspek Sains Sukan – Bahagian 2

[Artikel] Keletihan dari aspek Sains Sukan – Bahagian 2

Semasa bahagian pertama, kami menceritakan faktor-faktor yang boleh menyebabkan keletihan pada pemain. Dalam bahagian kedua pula kami akan menceritakan bagaimana langkah-langkah yang pasukan boleh ambil untuk mengatasi keletihan ini setidak-tidaknya dikurangkan kesannya.

Latihan yang sistematik

Terdapat beberapa kaedah bagi mengurangkan fenomena ini dalam kalangan pemain bola sepak secara professional. Latihan secara sistematik harus dijalankan bagi membentuk semula keupayaan pemain terutamanya ketika berada dalam fasa perlawanan yang padat dan waktu untuk recovery selepas mengharungi perlawanan adalah singkat. High intensity training seharusnya dikurangkan apabila skuad berada dalam fasa recovery yang singkat. Light training sebelum berlangsungnya perlawanan (sehari sebelum) yang kompetitif adalah dapat mengurangkan keletihan otot dimana otot yang “segar” amat diperlukan ketika permainan.

IMG_4172
Light training dapat mengurangkan keletihan otot. Gambar : FB Zainal Abidin

Hujah ini disokong oleh Saltin dalam penulisan artikel bertajuk “Metabolic fundamentals in exercise” yang diterbitkan pada tahun 1973, yang berpendapat latihan secara intense dilihat boleh mempengaruhi penurunan work rate pada separuh masa kedua permainan nanti. Secara umumnya, latihan amatlah diperlukan namun, kaedah dan metodologi latihan itu haruslah bersesuaian mengikut tempo jadual perlawanan agar pemain tidak berada dalam fasa keletihan yang berpanjangan seterusnya menyebabkan pemain itu berada dalam keadaan underperformance yang mungkin akan menggangu perancangan taktikal jurulatih.

Nutrisi yang betul dan baik

Selain itu, pengambilan makanan yang mengandungi nutrisi yang baik amatlah diperlukan bagi memulihkan semula keupayaan sistem badan. Pengambilan nutrisi yang betul iaitu sebelum perlawanan, ketika perlawanan dan selepas perlawanan amatlah dititik beratkan bagi mengelakkan keletihan yang berpanjangan. Sebagai contoh, pengambilan makanan yang mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi iaitu sekurang-kurangnya 3 jam sebelum perlawanan amatlah penting di samping pengambilan air yang dilabelkan sebagai sports drink (Williams dan Serratosa. “Nutrition on match day” 2006). Penggantian dan sistem penggiliran pemain juga adalah kaedah yang terbaik bagi merehatkan pemain yang dilihat mengalami keletihan yang berpanjangan.

Colling-Off
Pengambilan air yang betul semasa permainan dapat mengurangkan kadar keletihan. Gambar : Google

Di samping itu, Reilly dan Ekblom menyenaraikan beberapa kaedah pemulihan keletihan otot selepas perlawanan dan diterbitkan dalam artikel bertajuk “The use of recovery methods post-exercise” 2005. Antara kaedah yang dibincangkan adalah seperti Active warm-down, Rehydration (pengambilan air yang betul mengikut isipadu), Restoration of energy (pengambilan nutrisi yang baik), Deep-water running, Alleviation of muscle soreness, Decrease subsequent training dan  (lifestyle) memberikan penumpuan secara betul ke atas gaya hidup seseorang pemain bola sepak secara professional.

Rumusan

27 vs SCAA
Sistem Penggiliran pemain dapat merehatkan pemain dan memberi tenaga yang maksimum pada pasukan

Setiap ahli sukan umumnya dan pemain bola sepak secara khususnya akan berhadapan dengan fasa yang kritikal ini. Pemain yang betul-betul focus dalam kariernya mampu mengatasi permasalahan ini. Buat skuad Pahang, tempoh rehat selama lebih kurang 2 minggu ini perlu dimanfaatkan dengan persediaan yang rapi dari segi fizikal dan mental kerana bakal mengharungi perlawanan yang amat penting. Tempoh rehat ini boleh digunakan dengan menjalankan latihan yang intensif selain mengadakan perlawanan persahabatan bagi mengukuhkan keserasian pasukan.

Kehadiran semula beberapa tonggak utama ke dalam pasukan seperti Alex dan Conti serta penampilan (debut) D. Saarvindran diharap mampu mengembalikan semula DNA skuad Tok Gajah yang tercalar sebelum ini. Buat pemain ke 12 Pahang, sokongan dan kehadiran anda amatlah ditagih tatkala pasukan yang kita sayangi ini bakal melalui fasa yang kritikal dan diharap sokongan anda mampu menghadirkan semula motivasi pemain di saat keletihan muncul menyelubungi pemain.

Ayuh Tok gajahku! 8 perlawanan, 8 kemenangan. Sesuatu yang sukar namun, bukanlah mustahil.

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top