Anda di sini
Laman Utama > Kembara TGC > Menapak ke Mong Kok – Bahagian 1

Menapak ke Mong Kok – Bahagian 1

IMG_3979
Pintu masuk Mongkok Stadium

Army Sports Ground adalah nama asal Stadium Mong Kok yg terletak di Hong Kong, dimana venue perlawanan seterusnya di antara South China AA menentang Pahang FA pada 15hb April nanti. Stadium yang hanya boleh menempatkan seramai 6664 penonton namun mempunyai fasiliti yang boleh dikatakan lengkap dan mesra OKU. Dengan kedudukan South China AA yang kini berada di kedudukan teratas dalam kumpulan G dengan mengumpul 9 mata penuh dari 3 kemenangan, dijangka ramai penonton akan memenuhi stadium ini. Kami dari TGC dengan ini mengajak anda sebagai penyokong Malaysia amnya dan Pahang secara khususnya untuk bersama-sama memenuhi ruang yang disediakan untuk penyokong pasukan pelawat di stadium ini.

IMG_3978
Bahagian dalam Stadium Mongkok

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi sedikit panduan buat peminat atau penyokong yang berhasrat untuk ke sana. Semoga ianya menjadi panduan yang berguna untuk anda.

Passport perlu laku

Pastikan buku merah anda hidup!
Pastikan buku merah anda hidup!

Persiapan pertama yang anda perlu ambil perhatian tentunya adalah paspot. Pastikan pasport anda ‘laku’ sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh luputnya. Jika tidak, sudah sampai masanya anda ke UTC berdekatan untuk memperbahurui paspot anda. Harganya? RM200 untuk 5 tahun berkuatkuasa Januari tahun ini. Rasanya berbaloi untuk perbaharui paspot kerana selepas Hong Kong mungkin Filipina pula menjadi destinasi kita seterusnya bukan?

2000px-AirAsia_New_Logo.svg
Setakat ini AirAsia menawarkan harga terbaik

Perkara seterusnya adalah tiket penerbangan. Melalui semakan kami di beberapa syarikat penerbangan, tiket pergi-balik ke Hong Kong masih boleh didapati pada harga rm460-rm550. Perlu diingat harganya akan turun dan naik mengikut promosi. Syarikat yang termurah untuk KUL-HKIA adalah melalui penerbangan tambang murah Air Asia. Selain itu, syarikat penerbangan lain yang menyediakan perbangan ke Hong Kong ialah MAS, Cathay Pacific dan Tiger Airways. Namun harganya lebih mahal dari Air Asia. Dan sukacita diingatkan bahawa untuk ke Hong Kong, VISA tidak diperlukan.

Mencari Hotel

Kos hotel di Hong Kong/Mong Kok agak mahal. Untuk itu, Hostel yang berkonsepkan bilik atau dorm mungkin boleh dijadikan pilihan walaupun harganya pun hampir mencecah RM 100 untuk seorang bagi satu malam. Ini amatlah berguna jika pergi secara berkumpulan. Sebagai kemudahan carilah hotel/ hostel yang hampir dengan stadium dan hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk kesana. Lebih mudah jika ianya berdekatan dengan Stesen MRT.

Walaupun begitu, jika hendak mencari hotel/hostel di tengah bandar atau jauh sedikit dengan stadium, stesen MRT yang terdekat ialah Stesen Prince Edward yang hanya kurang 1 km dari stadium atau mengambil masa 10 minit jika berjalan kaki. Bagaimana hendak menggunakan MRT akan kami ceritakan dalam bahagian kedua nanti.

logo@2x_
Dengan aplikasi trivago anda dapat membanding harga semua web hotel dengan mudah

Apakah cara hendak mencari hotel yang murah dan selesa? Caranya gunalah laman web yang menawarkan hotel murah seperti Expedia.com, iHotel.com, Agoda.com atau trivago.com. Laman web ini juga boleh dicapai dengan menggunakan aplikasi telefon bimbit pintar samada sistem Android atau iOS. Untungnya menggunakan khidmat laman web ini ialah kerana masih juga boleh mendapat dengan harga murah walaupun mencarinya pada saat akhir!

Antara hotel dan hostel yang hanpir dengan Stadium Mong Kok adalah The Hong Kong Holiday Guesthouse, Hong Kong Boutique Hotel , HK Jiang Xi Guest House , Mei Mei Motel , Lodgewood by L’hotel Mongkok Hong Kong dan banyak lagi. Kebanyakkannya hanya perlu berjalan kaki ke Stadium.

Jadi, inilah antara langkah persediaan yang perlu anda lakukan sebelum menjejak kaki ke Hong Kong. Dalam bahagian kedua pula nanti kami akan ceritakan bagaimana untuk survive di negara kelahiran Jackie Chan itu nanti.

Jackie_Hong_Kong_Harbor_Sing_Tao

 

 

Leave a Reply

Top