Anda di sini
Laman Utama > Dari Luar Stadium > [Artikel] Keletihan dari aspek Sains Sukan – Bahagian 1

[Artikel] Keletihan dari aspek Sains Sukan – Bahagian 1

8 perlawanan yang perlu dilalui sepanjang April ini memanglah menghadirkan keterujaan buat peminat dan pemerhati bola sepak tetapi sememangnya perjalanan yang amat memeritkan buat para pemain. Waktu rehat atau tempoh recovery yang ternyata singkat iaitu sekitar 3-4 hari sebelum mengharungi perlawanan seterusnya ternyata mengundang stress dalam kalangan pemain. Tekanan ini seolah-olah memuncak apabila skuad Tok Gajah bakal turun dalam 2 perlawanan menentang Pulau Pinang bagi memastikan misi mempertahankan kejuaraan Piala FA yang dimenangi tahun lalu terus kekal di bumi Darul Makmur.

Dalam artikel ini kami akan menerangkan kesan prestasi seseorang pemain itu apabila jadual yang padat perlu ditempuhi. Di bahagikan kepada dua, bahagian pertama kami akan menerangkan faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan prestasi pemain atas kerana jadual dan bahagian kedua pula kami akan menerang cara-cara untuk mengatasinya.

Kajian mengenai work rate dan distance cover

AFC Cup : Pahang [0] vs Global FC [0]
Keletihan akan mempengaruhi work rate pemain

Rentetan perlawanan kompetitif ini sudah pasti memberi impak kepada prestasi setiap pemain yang diturunkan apabila work rate pemain akan terjejas disebabkan satu keadaan yang sering dialami oleh ahli sukan iaitu keletihan. Fenomena ini berpunca apabila seseorang ahli sukan tidak dapat mengekalkan prestasi dan kebolehan fizikal secara konsisten disebabkan penurunan keupayaan seseorang. Merujuk kepada kajian terdahulu mengenai impak keletihan ke atas work rate dan prestasi pemain bola sepak secara professional, terdapat beberapa faktor penyumbang kepada keadaan ini. Mohr, Krustrup dan Bangsbo telah menjalankan satu penyelidikan melibatkan penyumbang keletihan kepada prestasi permainan di liga Italy (Serie A). Dapatan kajian pada tahun 2003 itu menunjukkan terdapat perbezaan antara prestasi pemain yang ditonjolkan pada separuh masa pertama dan kedua permainan di mana distance cover oleh para pemain pada separuh masa pertama adalah tinggi (sebanyak 160 m) berbanding pada separuh masa kedua. Hujah ini turut disokong dan dibuktikan oleh beberapa kajian yang sama di mana mereka berjaya membuktikan bahawa prestasi dari aspek distance cover ini turut menurun pada separuh masa kedua permainan. Sebagai contoh, beberapa aksi di Eropah mencatatkan perbezaan sebanyak 444 meter (Van Gool, Van Gerven, Boutmans, 1988) dan penurunan sebanyak 1% hingga 5% pada separuh masa kedua permainan (Bangsbo, Norregaard, Thorso, 1991, & Di Salvo, Baron, Cardinale, 2007).

Psycology
The Physiology of Soccer: With Special Reference to Intense Intermittent Exercise oleh Jens Bangsbo

Selain terpaksa mengharungi jadual perlawanan kompetitif yang padat, keadaan cuaca dan suhu juga memainkan peranan penting yang dilihat mempengaruhi prestasi individu. Sebagai contoh, Ekblom menjalankan penyelidikan yang bertajuk “physiology of soccer” pada tahun 1986 dan telah dapat menunjukkan terdapat penurunan dari aspek distance cover para pemain sekiranya beraksi pada keadaan suhu yang tinggi. Sebagai contoh, distance cover pemain adalah sebanyak 900 m apabila beraksi pada suhu 20°C dan dilihat menurun kepada 500 m ketika beraksi pada suhu 30°C. Penurunan work rate dalam kalangan pemain dianggap normal dan keadaan ini perlu bagi mengelakkan para pemain terdedah kepada satu keadaan yang dikenali sebagai catastrophic dehydration (Reilly, Drust & Clarke, 2008). Hujah ini turut disokong oleh Mustafa dan Mahmoud dalam kajian yang diterbitkan pada tahun 1979 iaitu “Evaporative water loss in African soccer players” yang turut menunjukkan seseorang pemain itu akan kehilangan 3L air dalam badan sekiranya beraksi pada keadaan cuaca panas iaitu pada 33°C atau dalam keadaan high humidity pada 26.3°C.

Posisi dan formasi

235_442
Perancangan posisi yang bijak boleh mengurangkan keletihan pada pemain

Selain dari perbincangan mengenai faktor yang menyumbang kepada keletihan, terdapat juga beberapa kajian yang membincangkan mengenai perbezaan distance cover oleh pemain yang bermain dalam sesuatu posisi dalam permainan. Dalam kata yang lain, posisi pemain yang diletakkan dalam sesuatu permainan akan berbeza dari segi work rate dan distance cover. Sebagai contoh, kajian yang dijalankan oleh Bangsbo pada tahun 1994 telah menunjukkan pemain yang beraksi di posisi pertahanan kurang membuat larian secara intensity dan jumlah distance cover juga adalah rendah berbanding pemain yang beraksi di posisi tengah dan menyerang, (Mohr, Krustrup dan Bangsbo,2003). Ini disebabkan oleh perancangan taktikal yang membolehkan seseorang pertahanan itu tidak membuat larian secara intense seterusnya mengurangkan jumlah distance covers dalam sesebuah permainan. Manakala pemain yang beraksi di posisi tengah banyak membuat distance cover disebabkan pemain ini banyak melakukan tackles dan headers untuk memenangi bola (ball winning) di kawasan center third permainan namun, jumlah larian secara pecutan adalah kurang jika dibandingkan dengan pertahanan dan penyerang.

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

One thought on “[Artikel] Keletihan dari aspek Sains Sukan – Bahagian 1

Leave a Reply

Top