Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > Menempuh cabaran jadual padat bulan April

Menempuh cabaran jadual padat bulan April

Kejayaan melepasi pusingan kedua Piala FA malam tadi, menyebabkan Pahang terpaksa membayar dengan harga yang mahal. Bukan kerana kecederaan atau penggantungan, tetapi jadual yang padat menanti sepanjang April ini.
Masih bersaing dalam semua kejuaraan yang disertai adalah sesuatu yang positif, namun timbul persoalan apakah perancangan jurulatih, Zainal Abidin Hassan dalam mengekalkan kecergasan pemain.
Sistem penggiliran pemain seolah-olah tiada dalam kamus pasukan Pahang, yang lebih gemar menggunakan pemain yang sama dalam setiap perlawanan.
Ada yang berpendapat, pemain simpanan yang ada tidak setaraf dengan pemain utama. Namun, tahukah penyokong semua, mereka yang berada di bangku simpanan itu ialah tonggak Pahang untuk musim 2009 hingga 2012.
Khabar positif mengenai kemasukan 2 pemain muda serta beberapa orang pemain skuad Piala Presiden Pahang yang naik pangkat April ini, diharap dapat memberi sedikit kelegaan kepada Pahang. Misi mempertahankan Piala FA perlu diutamakan untuk mengekalkan slot ke Piala AFC musim depan.

Berikut jadual pasukan Pahang sepanjang April ini.

4.4.15 : Lions (H) MSL
7.4.15: Penang (H) FA Cup
11.4.15: Kelantan (A) MSL
15.4.15: South China (A) AFC Cup
19.4.15: Perak (H) MSL
22.4.15: Penang (A) FA Cup
25.4.15: Felda United (A) MSL
29.4.15: Yadanarbon FC (H) AFC Cup

One thought on “Menempuh cabaran jadual padat bulan April

Leave a Reply

Top