Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [Piala FA-Pusingan ke 3] Pahang vs MISC-MIFA [Preview]

[Piala FA-Pusingan ke 3] Pahang vs MISC-MIFA [Preview]

Mifa
Skuad MISC-MIFA 2015 [foto: MISC-MIFA Facebook]

Pasukan yang berstatus kelab dan kini beraksi dalam liga FAM sedang mengukir nama dan memasang impian untuk mara dengan lebih jauh apabila dijadualkan bertemu penyandang juara Piala FA 2014, Pahang Darul Makmur. Layak ke pusingan ketiga selepas menundukkan satu lagi pasukan yang beraksi di liga FAM iaitu Sungai Ara FC menerusi jaringan tunggal perlawanan oleh Muhammad Fauzi Abdul Kadar pada perlawanan pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

K Nanthakumar
K Nanthakumar

Berada pada kedudukan ke 5 liga bagi kumpulan B dengan memperoleh 1 kemenangan dan 1 kekalahan selepas aksi dua perlawanan liga, pasukan ini tekad untuk mencipta kejutan di Darul Makmur. Pasukan yang dibimbing oleh Jacob Joseph ini diperkuatkan dengan kehadiran bekas pemain kebangsaan iaitu, K. Nanthakumar yang mempunyai pengalaman yang luas dalam aksi kompetitif dan dilihat bakal menjadi duri dalam daging untuk skuad Tok Gajah nanti. Pengalaman yang beliau perolehi sudah pasti menjadi suntikan semangat buat para pemain muda pasukan ini untuk tampil bersemangat memberi cabaran nanti.

Kecederaan penyerang menjejaskan pasukan

Kemarau jaringan, itulah ungkapan yang tepat untuk menggambarkan keadaan skuad Tok Gajah ketika ini. Tanpa jaringan selepas 3 perlawanan berturut-turut (domestik dan Asia) menghadirkan keresahan buat kem Pahang dan para peminatnya tatkala ditambah dengan masalah kecederaan pemain utama untuk berhadapan pasukan yang belum mereka uji sebelum ini bagi aksi pusingan ketiga Piala FA sabtu nanti. Namun, aksi yang memukau dan kesungguhan yang diperagakan oleh barisan muda Pahang sememangnya wajar diberikan pujian.

CYMERA_20150319_151302
Rizua Shafiqi mempunyai work rate yang agak tinggi.

Perubahan posisi pemain muda Pahang seperti Rizua Shafiqi yang diletakkan di bahagian serangan pada aksi menentang South China jelas memberikan sedikit perkhabaran positif dari peminat. Begitu juga penampilan pertama (debut) buat pemain skuad Presiden iaitu Mohd Faizal Abd Rani sedikit sebanyak menjelmakan impak yang positif buat kem Pahang. Buat kedua-dua pemain muda ini, pendedahan demi pendedahan dalam aksi kompetitif seperti ini adalah amat wajar agar pemain-pemain ini cepat menemui momentum keserasian seterusnya boleh dijadikan watak penting dalam perancangan taktikal bila mana skuad berhadapan dengan keadaan genting seperti ini.

CYMERA_20150319_151437
Penampilan pertama Mohd Faizal Abd Rani semasa Piala AFC Rabu lalu.

Aksi yang bertenaga yang dipamerkan oleh jentera tengah pasukan Pahang amatlah ditagih untuk aksi sabtu ini. Game plan melalui gerakan flank harus didominasi oleh bahagian sayap dan tengah Pahang dan kekuatan dan ketetapan hantaran yang dimiliki oleh Gopinanthan harus dimanfaatkan oleh gandingan penyerang Pahang untuk menamatkan kemarau jaringan ini. Percubaan jarak jauh seperti yang dilakukan oleh Norazam sememangnya diperlukan untuk sesekali menguji penjaga gol lawan. Turun sebagai penyandang juara edisi kali ini mengambarkan betapa tingginya tekanan yang bakal mereka lalui dan ditambah dengan ketika ini mereka berada pada fasa perlawanan yang amat padat. Mereka semestinya memerlukan sokongan pemain ke 12. Ayuh pemain-pemain ke 12 Pahang! Lontarkanlah kata-kata semangat dikala mereka dihimpit dengan tekanan seperti ini.

Moga kemenangan berpihak kepada kita nanti.

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top