Anda di sini
Laman Utama > Pahang U21 > [Piala Presiden 2015] Sime Darby 2-0 Pahang

[Piala Presiden 2015] Sime Darby 2-0 Pahang

CYMERA_20150318_193828

Pahang ditewaskan Sime Darby dengan jaringan 2-0 pada perlawanan Piala Presiden yang berlangsung di Stadium UKM Bangi petang tadi. Dua gol berjaya dijaringkan pada separuh masa pertama oleh Muhamad Azri pada minit ke 35 dan gol kedua menyusul 5 minit kemudian kali ini menerusi Dzulfahmi Abd Hadi.

Pahang memperoleh peluang keemasan untuk sekurang-kurangnya merapatkan jurang apabila dihadiahkan sepakan penalti, namun sepakan pemain Pahang berjaya diselamatkan penjaga gol tuan rumah.

Disebalik kekalahan itu, pujian juga harus diberikan buat anak muda pasukan Pahang ini kerana berjaya mempamerkan kesungguhan untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata di laman lawan.  Tumpuan kami juga terarah kepada pemain berjersi nombor 6 Pahang iaitu Mohd Ridhwan Maidin yang berjaya memperagakan aksi yang mantap menyerap asakan rangkaian serangan pasukan tuan rumah.

CYMERA_20150318_194336

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top