Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > Matchday#3 – Pahang vs South China AA [Preview]

Matchday#3 – Pahang vs South China AA [Preview]

SCAA_Team_

South China Athletic Association hadir ke bumi Darul Makmur dengan membawa reputasi yang begitu gah diperingkat domestic mahupun Asia. Buktinya, kejuaraan sebanyak 41 kali bagi aksi diperingkat liga dan pernah dinobatkan sebagai AFC team of the month bagi musim 2001/2002 mencerminkan betapa pasukan ini harus disegani. Pasukan ini juga  dilihat berpengalaman dalam aksi di pentas Asia kerana sudah beberapa kali beraksi di saingan AFC. Untuk rekod, South China telah menundukkan Kelantan 4-0 sebelum tewas 2-0 dengan pasukan yang sama di Kota Bharu bagi aksi kumpulan Piala AFC musim 2014. Walaubagaimanapun, pasukan ini gagal mara ke pusingan seterusnya apabila hanya menamatkan saingan  peringkat kumpulan ditangga ketiga untuk musim 2014.

Namun begitu, musim 2015 menjanjikan kelainan apabila pasukan ini berjaya tampil positif di awal saingan dengan mencipta dua kemenangan berturut-turut dengan membelasah Global FC 1-6 dan menang ke atas Yadanarbon 3-1 seterusnya membolehkan pasukan ini mengunguli carta kumpulan G saingan Piala AFC ini.

Berada pada kedudukan ke 3 liga buat masa ini dibelakang Eastern AA dan Kitchee, jelas mereka hadir untuk perlawanan  ketiga saingan peringkat kumpulan AFC ini, tekad ingin mencipta kemenangan  seterusnya melebarkan penguasaan dalam kumpulan G ini.

Player to watch:

Daniel McBreen
Daniel McBreen

Daniel McBreen: pemain veteran skuad ini berjaya meledak 3 gol dalam 2 perlawanan saingan kumpulan G piala AFC  iaitu 2 gol ketika menentang Global FC dan satu gol ketika menundukkan Yadanarbon.

Mahama Awal (Jersi Merah)
Mahama Awal (Jersi Merah)

Mahama Awal: Pemain muda yang berasal dari Cameroon  ini sehingga kini berjaya menjaringkan 3 gol bagi saingan kumpulan di mana 2 gol diledak ketika bertemu Global FC dan satu gol ketika bertemu Yadanarbon. Pemain ini juga diakui oleh pengendali Pahang, Zainal Abidin yang melihat pemain ini mempunyai gerakan dan larian yang pantas.

Buat pasukan Pahang, aksi pra musim di Hong Kong sedikit memberi pendedahan corak permainan sebenar pasukan dari Hong Kong ini namun tidak menjanjikan kelebihan tatkala berhadapan fasa yang kritikal akibat kecederaan tonggak pemain utama dan ketiadaan Razman Roslan akibat penggantungan permainan. Di harap pemain-pemain simpanan yang rata-rata mempunyai fresh legs dapat menampung kekurangan yang ditinggalkan disamping perkhabaran kehadiran pemain skuad Piala Presiden, Mohd Faizal Abd Rani di harap bakal mempertajamkan serangan skuat Tok Gajah.

Tiada yang mustahil dalam bola sepak. Ayuh Tok Gajahku. Teruskan perjuangan mu. Yakinilah kekuatan semangat kekeluargaan mu agar mampu mencipta kejutan di bumi Darul Makmur.

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top