Anda di sini
Laman Utama > Berita > Liga Futsal Kebangsaan 2015 – Minggu Suram Pahang

Liga Futsal Kebangsaan 2015 – Minggu Suram Pahang

Mendahului 3-0, kemudian disamakan 4-4 oleh skuad serba mewah, Melaka United pada petang Jumaat, hampir menjadi petanda awal bahawa Pahang bakal bangkit melakukan kejutan dalam saingan LFK2015. Namun minggu ini jelas tampak tidak menjadi buat Pahang, apabila dibenam 1-6 oleh skuad juara bertahan Felda United pada hari Ahad. Dibarisi hanya 3 orang muka lama yang berpengalaman di peringkat LFK, ternyata masih banyak harus dipelajari oleh skuad Pahang.

Skuad kendalian Coach Yazeed ini tiada pilihan selain dari bangkit mempersiapkan diri dalam tempoh rehat 2 minggu ini, kerana kini mereka menduduki tangga ke-9 carta liga. Hanya pasukan 8 teratas sahaja layak ke pusingan Grand Final dan dapat mengelak pusingan kelayakan pada musim hadapan.

Keputusan LFK2015 Minggu ke-3

1. Pahang 4-4 Melaka United
Penjaring : Mohd Akhmall, Muhammad Akhmal Helmi, Khairul Irfan, Gol sendiri pemain Melaka
2. Pahang 1-6 Felda United
Penjaring : Muhammad Firdaus Shafie

Jadual LFK2015 Minggu ke-4

1. Jumaat (27 Mac) | Pahang vs Terengganu PBDKT/T-Team | 8.00 malam
2. Sabtu (28 Mac) | Pahang vs Selangor | 9.00 malam
*Kesemua perlawanan berlangsung di KSL Gombak

muhsin
"Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah" @syedahmadmuhsin

Leave a Reply

Top