Anda di sini
Laman Utama > Pahang U21 > Mohd Faizal Abd Rani [The Rising Star]

Mohd Faizal Abd Rani [The Rising Star]

CYMERA_20150316_230947

Pemain yang menjadi pilihan tokgajah.com bagi skuad Piala Presiden Pahang kali ini adalah Mohd Faizal bin Abd Rani. Ketua pasukan skuad Piala Presiden ini baru berusia 21 tahun dan masih bujang. Anak kedua dari lima beradik kelahiran Besut ini memulakan persekolahan di Sek.Ren.Keb Pulau Perhentian dan seterusnya melanjutkan pengajian di Sek. Men. Keb. Besut sebelum mendapat tawaran dan berhijrah ke Sekolah Sukan Bukit Nenas, Kuala Terengganu pada tahun 2011.

Memulakan karier bola sepaknya dengan menjuarai  Piala MSSM pada tahun 2011 dan bertindak sebagai penyerang utama untuk pasukan Terengganu, telah membuka ruang kepada beliau mendapat tawaran sebagai pemain utama untuk skuad Piala Presiden T.Team bagi musim 2012 sebelum berhijrah ke skuad Piala Presiden Pahang pada tahun 2013.

Tahun 2013 merupakan lembaran baharu bersama skuad U21 Pahang apabila keyakinan serta usaha yang gigih dipamerkan membuatkan beliau kekal bersama Pahang. Namun begitu,di sebalik cabaran yang kian hebat, musim ini membawa lebih kenangan manis seterusnya memberi satu keyakinan baharu kepada beliau sehingga mencuri tumpuan beberapa pasukan lawan di mana beliau mampu menjaringkan sebanyak 8 gol dari 5 perlawanan liga setakat ini. Pada perlawanan menentang Sarawak bulan lepas yang berakhir dengan keputusan 4-4, keempat-empat jaringan adalah dari beliau. Reputasi untuk meledak sekali lagi hadir pada perlawanan menentang JDT U21 baru-baru ini, di mana beliau berjaya menyumbang 2 gol seterusnya membantu Pahang mencapai kemenangan 5-1 pada perlawanan tersebut. Keserasian beliau turut kelihatan bila bergandingan dengan Mohd Amirul bin Kasmuri yang juga di antara dalam pemerhatian pihak tertentu.

Dengan harapan untuk dikekalkan dengan pasukan U21 Pahang pada masa akan datang, beliau turut menanam keazaman untuk membawa Pahang menjadi juara pada musim ini bagi saingan Piala Presiden. Dengan bernada berseloroh beliau tidak segan silu berhasrat untuk menjadi pemain utama bersama skuad Pahang FA dan ingin bergandingan dengan rakan yang pernah berlatih bersama iaitu Norazam Azih pada musim 2013. Semoga impian beliau menjadi kenyataan dan diharap beliau kekal fokus dan konsisten untuk mencapai apa yang diidamkan sejak dulu.

Syabas diucapkan buat anak muda ini dari kami tokgajahdotcom!

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: