Anda di sini
Laman Utama > Liga Futsal Kebangsaan > Liga Futsal Kebangsaan 2015 – Pahang bersedia hadapi ‘Minggu Maut’

Liga Futsal Kebangsaan 2015 – Pahang bersedia hadapi ‘Minggu Maut’

Skuad Pahang yakin mampu lakukan kejutan minggu ini
Skuad Pahang yakin mampu lakukan kejutan minggu ini

Juara bertahan Liga Futsal Kebangsaan (LFK), Felda United dan pasukan serba mewah Melaka United bakal menjadi cabaran Pahang dalam minggu ke-3 LFK2015. Berbekal 6 mata dan menduduki tangga ke-6 carta liga, Pahang dilihat berpotensi melakukan kejutan minggu ini. Selepas 4 perlawanan, skuad Tok Gajah berjaya memenangi 2 dan tewas 2, selain menjaringkan 11 gol dan juga bolos 11 gol.

Fokus Perkukuh Pertahanan

Berdasarkan statistik ini, Pahang perlu segera bangkit memperkukuh formasi bertahan bagi menghadapi minggu sukar ini. Tambahan pula, formasi serangan skuad Melaka United yang diperkuat penjaring terbanyak LFK2014, Khairul Rizuan yang juga anak jati Pahang, berserta 3 lagi rakan yang juga ‘dipancing’ dari skuad LFK2014 Pahang. Perlawanan yang bakal berlangsung pada Jumaat ini ibarat Ex-Pahang bertemu Pahang, ditambah pula jurulatih Melaka United, Qusmaini juga kelahiran Pahang. Barisan skuad Felda United pula menampilkan beberapa orang pemain kebangsaan berpengalaman yang membolehkan skuad ini kini memimpin carta liga LFK2015.

Walau gah mana pun lawan Pahang minggu ini, senjata utama skuad kendalian Coach Yazeed adalah trio terbaiknya, Akmaarulnizam-Reihann-Mohd Akhmal, sekali lagi bakal menjadi duri dalam daging kepada Melaka United dan Felda United. Gandingan mereka telah menghasilkan 7 dari 11 gol Pahang di LFK2015. Barisan pemain Pahang harus percaya bahawa mereka mampu mempertahan gol mereka dari dibolosi dan mengekang segala asakan lawan minggu ini, sambil terus mencetak gol. Ayuh TOK GAJAH !

Minggu 2 – Statistik Pasukan Pahang di LFK2015

4 perlawanan (2 menang, 2 tewas)
Gol : 11
Bolos : 11
Jumlah mata : 6 (no.6 LFK2015)
Penjaring Pasukan Pahang:
1. Reihann Shafiee – 3 gol
2. Akhmaarulnizam Idris – 2 gol
3. Mohd Akhmal – 2 gol
4. Baazli Halmie – 2 gol
5. Mohd Rafiq – 1 gol
6. Khairul Asraf – 1 gol

Perlawanan Minggu Ke-3 LFK 2015
1. Pahang vs Melaka United |Jumaat(13 Mac)|4.30pm
2. KL Felda Utd vs Pahang |Ahad(15 Mac)|6.30pm
Kesemua perlawanan berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam

muhsin
"Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah" @syedahmadmuhsin

Leave a Reply

Top