Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > Gagal manfaat peluang dan kelebihan

Gagal manfaat peluang dan kelebihan

AFC Cup : Pahang [0] vs Global FC [0]
AFC Cup : Tandukan Hafiz yang hampir mengegarkan gawang.

Mampukah skuad Tok Gajah terus konsisten dan mencipta kemenangan kedua pada perlawanan ini tatkala berhadapan dengan situasi kecederaan/kecergasan pemain dan terpaksa mengharungi jadual perlawanan kompetitif yang padat? Sama-sama kita nantikan jawapannya Rabu ini.

Penyataan seperti di atas adalah soalan yang ditujukan oleh penulis  dalam perenggan terakhir artikel mengenai preview perlawanan kedua Piala AFC yang berlangsung baru-baru ini. Seperti yang kita ketahui dan kita amati sendiri melalui siaran secara langsung di kaca TV, Pahang hanya mampu mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan pasukan Global FC. Keputusan ini sememangnya merugikan tatkala deretan peluang yang berjaya dicipta menerusi open play dan set piece gagal diterjemahkan kepada jaringan dan setidak-tidaknya satu gol yang boleh menjamin 3 mata penuh buat Pahang. Beraksi di gelanggang sendiri juga dianggap satu kelebihan yang gagal dimanfaatkan apabila pasukan lawan terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh untuk sampai ke Darul Makmur di samping skuad lawan turut berhadapan dengan masalah kecederaan dan kecergasan pemain sebelum berlepas ke Pahang. Beberapa pemain Global FC seperti Misagh Bahadoran dan penjaga gol nya, Patrick Deyto terpaksa melupakan aksi ini akibat dilanda kecederaan. Namun, mereka tetap tampil bersemangat seterusnya berjaya mencipta kejutan untuk sekurang-kurangnya berjaya mencuri satu mata di tempat lawan. Seperti yang di highlight dalam artikel preview sebelum perlawanan ini (http://www.tokgajah.com/2015/03/10/matchday2-paha…bal-fc-preview/), pemain ini iaitu, Mark Hartmann telah berjaya mengawal central dan attacking third pasukan lawan dan sesekali dilihat mampu mendatangkan bahaya buat kubu Pahang. Mempunyai work rate yang tinggi, pemain ini kelihatan tenang mengasak dan dilihat berjaya mengawal possession permainan. Begitu juga dengan tactical discipline yang tinggi ditunjukkan 2 pemain pertahanan mereka (RB & LB) iaitu Daisuke Sato dan Barbaso dilihat berjaya mengekang kemaraan 2 flankers Pahang. Rizua Shafiqi terutamanya dilihat begitu struggle untuk melepasi Sato, namun beliau sesekali berjaya melepaskan diri dan berjaya membuat hantaran lintang ke arah d-box lawan.

AFC Cup : Pahang [0] vs Global FC [0]
AFC Cup : Pahang [0] vs Global FC [0]. Shafiqi dan Mark Hartmann
Buat pasukan Pahang, berada dalam fasa yang begitu mencabar dek masalah kecederaan pemain serta perlu mengharungi jadual saingan kompetitif yang padat sudah pasti menjadi rintangan yang perlu di atasi sekiranya ingin terus kekal mendominasi kejuaraan. Ketiadaan beberapa pemain utama dalam pasukan melihatkan Azidan Sarudin untuk musim ini ada kalanya diletakkan bermain di posisi sayap kanan dan penyerang. Pendedahan demi pendedahan diperlukan agar pemain ini boleh memikul tugas selaku peledak bila mana skuad berhadapan krisis seperti ini. Mungkin rotation posisi pemain perlu dilakukan terutamanya memperkenalkan beberapa pemain yang sering memanaskan bangku simpanan kepada formasi yang baru. Setidak-tidaknya akan diuji dalam perlawanan yang kurang intensity nya.

Walaubagaimanapun, pujian harus juga diberikan buat para pemain yang turut mempamerkan kesungguhan untuk mencipta kemenangan. Namun, semuanya sudah tersurat, serangan demi serangan yang dilancarkan gagal menemui gawang gol. Lupakanlah episod yang sudah, kembalikan fokus untuk perlawanan seterusnya demi mengembalikan kelangsungan pasukan Pahang yang disegani sehingga kini.

 

 

 

 

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top