Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Liga Super] Pahang lakar kemenangan pertama

[Liga Super] Pahang lakar kemenangan pertama

Pahang yang turun tanpa penyerang importnya Dickson Nwakaeme tampak bersemangat untuk mencipta gol awal seterusnya membolehkan Pahang untuk “settle down” dalam masa 10 minit permainan. Kesungguhan itu jelas dilihat apabila pada minit ke 7′, Gopinanthan hampir meletakkan skuad Tok Gajah dihadapan, namun beliau agak lambat menyempurnakan hantaran silang dari sebelah kanan pintu gol Sime Darby. Minit ke 9′, sekali lagi Pahang tampak mencabar gawang lawan apabila Fauzi Roslan merembat kencang di sebelah kanan pintu gol Sime Darby, namun rembatannya agak tersasar. Sime Darby turut berpeluang untuk memecah kebuntuan apabila pakar sepakan bebasnya iaitu Marko Perovic hampir menggegar gawang Pahang, namun sepakannya terkena palang. Minit ke 39′, Matias Conti terpaksa dikeluarkan apabila mengalami kecederaan dan digantikan oleh Rizua Shafiqi. Pertukaran ini melihatkan sedikit perubahan bahagian tengah dan serangan pasukan Pahang apabila Azidan bergandingan dengan Fauzi manakala Rizua beraksi di sebelah sayap kanan. Gol  pertama Pahang akhirnya muncul dipenghujung babak pertama apabila Zesh Rehman berjaya melonjak tinggi menanduk masuk sepakan penjuru di sebelah kiri gawang Sime Darby yang diambil oleh Hafiz Kamal. Tamat separuh masa pertama, Pahang 1-0 Sime Darby.

Babak permainan kedua bersambung,Pahang terus menggandakan asakan dan akhirnya, Gopinanthan berjaya melebarkan kedudukan buat Pahang selesa mendahului dengan 2-0. Gol pada minit ke 56′ itu berpunca dari hantaran jauh Hafiz Kamal mencari Gopinanthan yang kelihatan bijak melepaskan diri dari kawalan pertahanan kanan Sime Darby seterusnya merembat kencang menewaskan Mohd Suffian Ab Rahman. Pahang sepatutnya berpeluang menambah lagi jaringan, namun penyudahan yang agak tumpul oleh jentera serangan Pahang. Sebagai contoh, Norazam berpeluang untuk menjaringkan gol ketiga apabila berada dalam situasi satu lawan satu, namun sentuhan terakhir beliau agak kuat dan terus ke arah penjaga gol lawan. Tamat perlawanan, Pahang 2-0 Sime Darby.

Pertukaran pemain Pahang:

Matias Conti (Rizua Shafiqi), Hafiz Kamal (Shahrizan Salleh), Azidan Sarudin (R.Surendran)

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-
Top
%d bloggers like this: