Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Belum Rezeki Kuantan FA

Belum Rezeki Kuantan FA

IMG-20150306-WA0008

Kuantan FA terus gagal mencipta kemenangan selepas perlawanan ke 4 saingan liga perdana apabila terpaksa menerima kekalahan kali ini ditangan Negeri Sembilan pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Gol pembukaan Negeri Sembilan dijaringkan melalui tandukan oleh pemain no 8 iaitu Shahrizal Mohd Saad ketika permainan baru berlangsung selama 35 saat. Gol itu jelas menambah semangat para pemain pelawat untuk terus melancarkan lebih serangan ke kubu Kuantan FA. Usaha mereka akhirnya berjaya apabila Forkey Doe berjaya meraih gol kedua pada minit ke 6′. Gol berpunca hantaran kemas oleh Bruno Martelotto terus mencari Forkey Doe sebelum menolak mudah menewaskan penjaga gol Kuantan. Tersentak dengan 2 gol awal pasukan pelawat,Kuantan FA kembali mencari rentak dan memperkemaskan barisan tengah dan akhirnya mereka menemui gol pertama pada minit ke 9′ oleh penyerang import iaitu Im Kyung Hyun. Tamat separuh masa pertama, Kuantan 1-2 Negeri Sembilan.

IMG-20150306-WA0009

Separuh masa kedua, Negeri Sembilan berjaya menjarakkan kedudukan apabila Forkey Doe sekali lagi menggegar gawang melalui tandukan padu pada minit ke 72′. Gol berpunca hasil sepakan percuma disebelah kiri pintu gol Kuantan yang menuju tepat kepada Forkey Doe. Keputusan penuh, Kuantan FA 1-3 Negeri Sembilan.

admin
"Football is a community based and play a role as a social glue,thus place some encouragement to us in contributing a clear storyline of Pahang's football".

Leave a Reply

Top