Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > Misi kemenangan pertama Liga Super

Misi kemenangan pertama Liga Super

Pahang dan Sime Darby yang masih segar dengan kemenangan ke atas lawan masing-masing baru-baru ini dalam saingan Piala FA jelas tekad untuk meneruskan rentak kemenangan apabila dipertemukan dalam perlawanan Liga Super sabtu ini. Skuad kendalian Ismail Zakaria ternyata ingin melakukan kejutan ke atas Pahang seterusnya memperolehi mata pertama dalam saingan liga.

phgvsime

Rekod pertemuan buat kedua-dua pasukan untuk saingan liga dilihat seimbang  musim lalu apabila kedua-dua pasukan berjaya mencatatkan kemenangan  di tempat sendiri. Sime Darby berjaya menundukkan Pahang dengan jaringan 1-0 pada 25 Januari 2014 manakala Pahang berjaya mencatatkan kemenangan  bergaya apabila menewaskan Sime Darby dengan jaringan 4-1 pada 19 April 2014 di Darul Makmur. Jikalau di imbas semula perlawanan liga yang berlangsung di Darul Makmur yang melihatkan Pahang berjaya mencatatkan  kemenangan  besar ke atas Sime Darby musim lalu, jelas menunjukkan prestasi sebenar gandingan serangan Pahang. Matias Conti  dan Dickson Nwakaeme  masing-masing  berjaya mencetak gol dan kelihatan gandingan ini begitu serasi merobek gawang lawan.

13916233406_b26b3dfb27

Namun musim ini menjanjikan kelainan disebabkan saingan lebih mencabar buat kedua-dua pasukan untuk tidak terus tercicir mata seterusnya membaiki kedudukan dalam saingan liga ini. Sime Darby yang kini menghuni tangga tercorot liga sudah pasti mahu bangkit selepas gagal mendapatkan sebarang mata selepas 3 perlawanan liga. Ini dibuktikan apabila mereka berjaya mencatatkan kemenangan besar menentang PBAPP pada saingan piala FA baru-baru ini. Penyerang import, Nemanja Vidakovic dilihat sudah menemui sentuhan berbisanya apabila berjaya mencipta hattrick pada perlawanan itu dan seolah-olah memberi laungan awal buat Pahang untuk mencipta sesuatu pada perlawanan ini nanti.

Begitu juga kehadiran pemain ini iaitu Marko Perovic yang pernah beraksi di pentas yang lebih besar seperti  UEFA Champions League dan Major League Soccer sedikit sebanyak mampu mengugat pertahanan Pahang yang dilihat bakal mengemudi barisan tengah pasukan Sime Darby.Selain itu, beliau juga adalah free kick specialist dan mampu mendatangkan bahaya kepada pintu gol Pahang ketika berada dalam keadaan dead ball situation. Tidak dilupakan kudrat pemain berpengalaman seperti Juzaili Samion, Eddy Helmi, Fahrul Razi, Halim Zainal dan Alif Samsudin yang turut mampu mendatangkan masalah buat skuad Pahang nanti.

Bagi skuad Pahang pula, penulis beranggapan percaturan pemain serta formasi yang sama ketika aksi menentang JDT tempoh hari akan dipertaruhkan bagi perlawanan ini nanti. Aksi yang bertenaga ditonjolkan oleh pemain-pemain terutamanya Norazam Azih amatlah ditagih bagi mencatatkan kemenangan pertama dalam kempen liga ini. Diharap Conti dan Nwakaeme terus mengulangi rentak permainan yang ditunjukkan sebelum ini seterusnya menghadirkan 3 mata berharga sebagai hadiah buat penyokong setia Tokgajah di laman sendiri Sabtu ini.

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: