Anda di sini
Laman Utama > Futsal Pahang > Liga Futsal Kebangsaan 2015 – Pahang Bersemangat Untuk Bangkit

Liga Futsal Kebangsaan 2015 – Pahang Bersemangat Untuk Bangkit

Walaupun kecundang 3-4 kepada Sabah Quilmess pada perlawanan kedua selepas suatu ketika mendahului 3-1, anak buah Coach Yazeed kelihatan bersemangat menjalani latihan pada malam Selasa di Dewan Tertutup Sukpa. Berbekalkan 3 mata selepas 2 perlawanan pada minggu pertama, Pahang kini menduduki tangga ke-7 Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2015. Coach Yazeed memberi peringatan kepada pemainnya bahawa perlawanan pada minggu ke-2 amat getir memandangkan mereka bakal bertemu Naib Juara Grand Final LFK 2014, Selangor MPSJ. Justeru itu, aspek taktikal pantas dan kecergasan diberi penekanan sewaktu menjalani latihan.

Skuad Pahang menjalani latihan di bawah bimbingan Coach Yazeed dan Coach Syed Farul Hakim di Dewan Tertutup Sukpa pada Selasa
Skuad Pahang menjalani latihan di bawah bimbingan Coach Yazeed dan Coach Syed Farul Hakim di Dewan Tertutup Sukpa pada Selasa

Fokus hasilkan Jaringan

Walaupun tanpa kelibat penjaring terbanyak LFK2014, Khairul Rizuan yang kini bersama Melaka, Pahang tidak menghadapi masalah untuk menjaringkan gol pada minggu pertama, apabila meledak 5 gol dari 2 perlawanan. Gandingan ayam tambatan Pahang, Akmaarulnizam Idris dan Mohd Reihann Shafiee sekali lagi bakal menjadi penggerak utama pasukan bagi menghadapi Selangor MPSJ dan Sabah minggu ini. Namun yang menjadi kerisauan kepada pengendali pasukan Pahang, aspek mental untuk bertahan sehingga wisel penamat menjadi masalah utama. Ini kerana, skuad Pahang pada musim ini rata-ratanya dibarisi muka baru yang tiada pengalam bertanding di peringkat tertinggi. Namun begitu, hasil latihan intensif dan semangat melawan pemain muda skuad Pahang ini bakal menjadi senjata utama mereka menghadapi LFK2015. Tiada yang mustahil untuk anak buah Coach Yazeed menggapai 6 mata penuh pada minggu ke-2 LFK.

Ayuh bangkit Tok Gajah !

Jadual Perlawanan Minggu Ke-2 (Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam)
1. Jumaat (6 Mac 2015) | 9.30 pagi | Pahang vs Selangor MPSJ
2. Ahad (8 Mac 2015) | 12.30 t.hari | Sabah vs Pahang

muhsin
"Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah" @syedahmadmuhsin

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: